Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azwan Ali Bersama-sama Anak Yatim Bakti

Jumaat, 17 Januari 2014

Pada hari suci Mualud Nabi yang lalu, Azwan Ali telah meraihkan hari berkenaan di rumah anak-anak yatim Bakti. Dia pergi berseorangan untuk bersama-sama anak-anak yatim disana beramah mesra.

Memang kalau dilihatkan Azwan Ali seorang yang happening dan sukakan kanak-kanak, tapi itulah persepsi masyarakat, masih sukar menerima kehadiran Azwan Ali dimata mereka. Apa-apa pun tahniah Azwan, buatlah apa yang terbaik dan patut, semoga Allah memberkati anda.

Nora Danish Bertudung Sambut Maulud Nabi

Khamis, 16 Januari 2014

Mauliudr Rasul sudah pun berlalu, namun cerita di sebalik sambutannya adalah di luar kebiasaan selebriti. Namun ada juga yang sama-sama memeriahkan sambutan mulia berkenaan. Seperti Nora Danish, Erma Fatima dan Datin Umie Aida yang sama-sama memeriahkan sambutan berkenaan dengan meraihkan Anak Anak tahfiz (hafizah) dari negeri Kedah. Baguslah macam ini, semoga diredhai oleh Allah.

Ana Raffali bertudung sempena Maulud Nabi

Rabu, 8 Februari 2012

Ana Raffali mengambil keberkatan Maulidur Rasul yang lalu apabila mula mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad. Menegaskan keputusan diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdullah namun dari keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.

Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah dirinya berasa tenang dan bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.

gambar GUA
“Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan.

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan hari pernikahannya pada 25 Februari ini. -Via

Dato' Siti Nurhaliza bertudung konsert Sinar Maulidurrasul

Isnin, 6 Februari 2012

Kelmarin berlangsungnya hari penuh bersejarah dalam kalendar Islam, yakni kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dan bersempena itu juga, Dato' Siti Nurhaliza juga bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam. Cukup cantik dan menawan sekali Dato' Siti di konsert itu. Hari ini juga merupakan konsert ekslusif akhir Dato' Siti di Terengganu, tapi kena bayar la, tiket diantara RM100-RM500.

gambar Budiey.com