Adira akui dirinya pegang anjing

Pada: Rabu, 8 Februari 2012
Isu pegang anjing oleh Adira semalam yang dipaparkan telah pun mendapat jawapan daripada mulut Adira sendiri. Dan Adira mengakui dirinya telah memeluk seekor anjing yang bukan miliknya. Seelok-eloknya janganlah pegang anjing, patung anjing bolehlah, tapi kena berfikir dahulu sebelum beli. hehe

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya,

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam,

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu,

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan,

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” -Via

Tag : , , , , ,