Tukar Nama Shahz Jaszle - Shahrizal Jaszle

Pada: Isnin, 9 Januari 2012
Menurut sumber yang dipetik daripada Kosmo, ada seorang informer ni sempat bertemu dengan pelakon kacak, Shahz sebelum dia ke luar negara. Sempatlah hero filem Azura ini berbisik kepada informer berkenaan tentang perkembangan hidup dan kerjaya terkininya. Dan ini yang dapat dikopek hasil perbualan itu.

"Shahz sudah tukar nama. Sudah tidak pakai nama Shahz Jaszle sebaliknya Shahrizal Jaszle. Saya dinasihati oleh seorang ustaz yang Shah jumpa. Dia memberitahu bahawa nama Shahz tidak elok digunakan oleh saya. Jadi mulai sekarang, saya mahu gunakan nama Shahrizal Jaszle sebagai nama selebriti saya. Harap-harap semua memahami," ujarnya.
Mulai sekarang korang mesti tahu yang nama Shahz sudah bertukar menjadi Shahrizal k.

Tag : , , , ,