Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Inilah dia teksi kesayangan Os

Rabu, 11 Januari 2012

Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid yang memenangi dan sekaligus Juara MLM yang mengondol hadiah wang RM350,000 kini hidupnya lebih selesa lagi. Namun Os tetap berkejaya sebagai pemandu teksi dan mahu guna wang juara itu untuk masa depan ahli keluarganya dan tidak untuk menukar Proton Saga-nya ke Toyota Vios sebagai teksi barunya.. hehe..

“RM350,000 itu bunyinya memang besar tetapi ia juga perlu dibahagi dua antara saya dan Abon. Jadi, setiap seorang dapatlah RM175,000. Jumlah itu tidaklah sebesar mana pun kalau hendak dibandingkan dengan taraf hidup sekarang yang semakin meningkat.

“Kalau beli sebuah rumah pun dapatlah yang kecil. Saya belum ada perancangan dengan duit itu tetapi saya akan gunakannya untuk keperluan keluarga saya. Saya tidak mahu boros kerana rezeki seperti ini bukannya datang selalu,” kata Os. -Via

Os masih memandu teksi walaupun menang MLM

Selasa, 3 Januari 2012

Pelwak vateran yang cukup dikenali ramai, Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu. Os tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.

"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.
Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja. Os tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.