Gambar Pernikahan Ally Iskandar, Farah Lee

Pada: Sabtu, 21 Januari 2012
Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, jam 10.03 pagi semalam.

Farah Lee mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. -Bharian

gambar twitter @ellarif | @milimilo

Tag : , , , , ,