Rozita Che Wan bawa Zain Saidin bercuti

Pada: Jumaat, 30 Disember 2011
Rozita Che Wan mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah,"
Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas ada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Rozita tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Tag : , , , ,