Fazley kini bergelar 'datuk'!

Pada: Sabtu, 24 Disember 2011
Tahniah kepada Fazley yang juga seorang pakar motivasi dan juga penyanyi kerana bergelar 'datuk' pada majlis ulang tahun ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan baru-baru ni. Darjah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut mendapat anugerah berkenaan adalah AC Mizal dan juga Eizlan Yusof. Namun dengar-dengar ada segelintir pihak atau yang iri hati yang mengatakan pangkat 'datuk' ni dibeli oleh mereka, tidak dapat dipastikan kalau ianya satu pemberian kebesaran dari Sultan atau pun ada dibeli. Wallahualam, yang penting kita berfikiran sihat dan positif, mereka dapat atas sumbangan mereka sendiri terhadap Negara.

Tag : , , , ,