Doakan Latif Ibrahim semoga sihat

Pada: Khamis, 22 Disember 2011
Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim yang berumur 61 tahun dikhabarkan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Ahad yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal. Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN,

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya. -Via
Kita doakan agar Abd. Latif Ibarahim segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Tag : , , ,