Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Doakan Latif Ibrahim semoga sihat

Khamis, 22 Disember 2011

Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim yang berumur 61 tahun dikhabarkan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Ahad yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal. Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN,

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya. -Via
Kita doakan agar Abd. Latif Ibarahim segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Gambar Kemalangan Zaiton Sameon

Jumaat, 16 Oktober 2009

Rancangan Nona pada bulan sebelumnya telah memaparkan Zaiton Sameon atau lebih mesra dipanggil Eton, artis yang popular pada era 60-90an. Dalam pada masa yang sama, Nona berkesempatan mengambil beberapa babak dimana Eton terlibat kemalangan 19 tahun yang lalu, dengan kesan cedera parah selain dirinya dibalut berdarah-darah dan disahkan koma ketika itu. Dari seorang yang berwajah cantik bertukar kepada tragedi yang tidak dimimpikan. Eton akhirnya insaf atas apa yang berlaku.

Jeffrydin Terima Anugerah 'Datuk'

Sabtu, 10 Oktober 2009

Siapa tak kenal Jeffrydin? Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh pada era tahun 60-an malah penulis pun berani mengeluarkan statement mengatakan yang beliau masih lagi popular sehingga kini dan awet muda gitue. Bila sebut sahaja nama ini, Jeffrydin, terus je lagu Mas Mona terngiang-ngiang di telinga. Dah menjadi lumarah peminat artis mengetahui serba sedikit mengenai artis berkenaan.

Baiklah, seperti tajuk yang tertulis kat atas tu, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman yang berasal dari Singapura dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71 baru-baru ini. jadi tahniah diucapkan kepada bro Jeffry.