Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Khadijah Ibrahim buka syarikat makanan segera

Isnin, 14 Julai 2014

Kalau buka perniagaan sendiri selain dari hasil anak seni, itu sudah bagus dan ada kemajuan di dalam mencari wang sampingan tanpa mempertaruhkan 100% kehidupan untuk dunia seni sahaja.

Ramai rata-rata selebriti dah berbuat demikian. Terbaru mengenai pelakon Khadijah Ibrahim yang telah membuat syarikat makanan segeranya sendiri.

Ada seseorang yang ternampak pakej tertera wajah dan nama Khadijah Ibrahim di salah sebuah pusat membeli belah tempatan.

Baguslah seperti ini, semoga kita menyokong dan mengutamakan produk tempatan dan orang Melayu khususnya. -gambar Forum Cari

Doakan Latif Ibrahim semoga sihat

Khamis, 22 Disember 2011

Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim yang berumur 61 tahun dikhabarkan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Ahad yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal. Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN,

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya. -Via
Kita doakan agar Abd. Latif Ibarahim segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Khadijah Ibrahim yang Panas

Isnin, 6 Julai 2009

Khadijah Ibrahim memang seorang ibu dan juga artis veteran yang semakin panas. Tidak kira dari segi pemakaian yang dipakai dan juga teknik serta kepakarannya dalam bidang memasak (memasak memang panas kan3). Kini Khadijah mempunyai restorannya yang tersendiri, dengar-dengar satu di luar negara satu lagi di dalam negara, Khadijah's Kitchen bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Selain itu, kepada sesiapa yang mahu mendirikan rumah tangga, perlu lah belajar memasak, dan dengan itu u'all tontoni lah Khadijah di TV3 dalam rancangan Resipi Nikmat Kehidupan Bersama Khadijah Ibrahim. Ngeh3.