Aura Mawi masih lagi berbisa!

Pada: Rabu, 7 Disember 2011
Biarpun karier nyanyian Mawi dilihat kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, namun dia tidak tewas untuk membolot dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia (AF) pada Sabtu lalu.

Mawi merupakan juara AF3 berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangan duet Lagu Jiwa Lagu Cinta iaitu Datuk M.Nasir yang pernah menjadi pengetua Mawi sewaktu di AF3.

Sementara itu, antara sembilan musim AF, alumni AF2 yang lebih menyerlah apabila berjaya menggondol dua anugerah di konsert yang menggabungkan hampir semua alumni AF 1 hingga AF9 itu.

Zarina dan Bob yang merupakan bekas pelajar AF2 berjaya memenangi Anugerah Dangdut Terbaik menerusi lagu Goyang Inul dan Anugerah Irama Malaysia (Pantun Budi).

Berbaki lima lagi anugerah masing-masing dimenangi oleh Anum AF8 (Anugerah Rock Wanita), Hazama AF9 (Anugerah Rock Lelaki), Faizal AF4 (Anugerah Komedi), Mila AF5 (Anugerah Balada Wanita) dan Stacy (Anugerah Tari). -Via

Tag : , , , , ,