Tawaran Berlakon Kurang, Diana Amir Pasrah

Pada: Jumaat, 7 Oktober 2011
Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah. Walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.

"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang," ujarnya -mStar.

Tag : , , ,