Ahli kumpulan RL Kecik ambil dadah?

Pada: Jumaat, 7 Oktober 2011
Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui merayau tanpa tujuan di pekan Tuaran baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Polis Tuaran.

Selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
[via]

kalau di Tuaran, ahli kumplan Kecik jerk ler yg berasal/tinggal sana. Aish, merayau-rayau cari 'supplier' kot.. Zz

Tag : , , , ,