Remy kini mengaku Tiz kekasihnya!

Pada: Khamis, 27 Oktober 2011
Remy Ishak yang kini berusia 29 tahun, mengakui kini dia sedang bercinta dengan pelakon, Tiz Zaqyah, usia yang masih muda, 22 tahun. 7 tahun perbezaan merupakan satu jurang besar yang ketara. Tapi usia itu buta, cinta itu pun buta. hehe. Dalam satu kenyataan di mStar baru-baru ni, Remy tak mo kecoh-kecoh soal hubungannya denga Tiz, tapi adalah semata-mata untuk menjaga hubungan baik mereka berdua.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat. Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang. Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya. -Via

Tag : , , , , ,