Sekitar Pelancaran Album All Your Love Siti Nurhaliza

Pada: Rabu, 28 September 2011
Dato Siti Nurhaliza kini boleh menarik lafaz lega apabila dengan jayanya pelancaran album Inggeris pertama dirinya, All Your Love di Restoran Shook, Starhill baru-baru ini. Dengar cerita album Inggeris itu sudah dipasarkan pada 24 September lalu dan cetakan pertama sahaja yakni sebanyak 3,000 salinan album tersebut telah habis dijual. Satu pencapaian yang diluar jangkaan, memandangkan dan membuktikan lagi power Dato Siti masih ada.

Dalam album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production.

[via | via]

Tag : , , ,