Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Hazama pakai tatoo melampau!

Selasa, 26 September 2017



Hazama dikecam oleh netizen gara-gara penampilan barunya yang dikatakan melampau kerana menampilkan imej bertatu.

Sebenarnya penampilan Hazama yang ala-ala Bob Marley itu cuma untuk penghasilan video muzik terbarunya untuk lagu Aku Bukan Dewa.

hope boleh ditanggalkan dan tak kekal lama. kiki

Dituduh riak sebab Datuk Seri Vida tayang harta

Selasa, 19 September 2017


Video klip lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida di Youtube mendapat jutaan tontonan. Namun bagi empunya diri, ianya masih belum lagi memuaskan hatinya.

Kini Vida difahamkan tengah membuat pengubahsuaian mengikut cara dan kemampuannya yang sebenar. Apa lagi, diserapakan lah beberapa harta kepunyaanya kedalam video berkenaan.

Namun ramai yang mengecam dan lebih berpendapat kepada bersifat riak.

Tempat parking kereta pun jadilah - Ella

Selasa, 18 Julai 2017

Dengar khabar yang Ella telah membuat video nyanyian spontannya di tempat parking kereta. Video berdurasi 24 saat itu di buat di Singapura di sebuah lokasi parking yang tak diketahui

Datuk Seri Vida berjudul I Am Me versi metal (video)

Sabtu, 15 Julai 2017


Rata-rata menyukai versi metal I Am Me dan memuji tindakan gitaris yang dikenali sebagai Max Sayuti mengubah rentak lagu itu sehingga ia kedengaran lebih menarik. Jom Dengar!

PANAS! Azwan Ali mengamuk buang CD Hafiz Hamidun

Selasa, 23 Mei 2017

DivaAA atau Azwan Ali difahamkan telah mengamuk dengan membuang cd album Hafiz Hamidun ke dalam tong sampah. Protes ini dibuat disebabkan dia tidak dijemput atau diundang ketika Hafiz berkahwin beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, Azwan rajin memuji dan memuatnaik video mengenai Hafiz, namun kini sebaliknya.

Merdu! Siti Nurhaliza cover lagu Menahan Rindu dari Wany Hasrita

Selasa, 16 Mei 2017

Bukan main sedap lagi suara Dato Siti Nurhaliza punya suara bila menyanyikan lagu berjudul Menahan Rindu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita baru-baru ini.

Kulit album Malique mata dajjal? ini jawapan Malique...

Selasa, 4 April 2017

Malique menjelaskan kulit album tiga mata album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.
"Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

"Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

"Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya," ujarnya kepada mStar Online.

Sekitar malam AJL ke-31 (35 gambar HD)

Selasa, 24 Januari 2017

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia / Hot FM / Tonton MY

Hormati lagu saya! - Ayda Jebat

Khamis, 5 Mei 2016

Ayda Jebat meminta segelintir pihak agar menghormati sesuatu karya yang dihasilkan oleh setiap anak seni dan bukan hanya pandai mengkritik.

Ayda berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.

"Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

"Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dab berkorban masa untuk menghasilkannya,"

"Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

"Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti,"ujarnya kepada mStar Online.

Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.

Lagu terkini Ac Mizal, terbaik!!.. PeaceYall..

Ahad, 29 November 2015

Tahniah AC Mizal kerana membuat satu lagu yang boleh dikira tahap Internationale. Lagu bertajuk Dato AC Mizal - Peace Y’All (Official Music Video) adalah salah satu lagu terbaru AC tahun ini.

Best layan, campur Kuria sikit lah.

Bila Shila Amzah nyanyi lagu Madah Berhelah (video)

Isnin, 26 Oktober 2015

Bukan senang nak bawa lagu yang dikatakan tinggi nadanya ni. Memang ramai yang berani cuba dan berjaya di viralkan dilaman sosial. Tidak ketinggalan penyanyi, Shila Amzah yang turut mencuba menyanyi lagu Madah Berhelah dengan versinya tersendiri.

Bila Dato Siti, Tun M berduet menyanyi.. Mantap!! (video)

Isnin, 14 September 2015

Siti Nurhaliza Tun Mahathir berada di atas satu pentas dan menyanyikan lagu bersama. Mereka berdua, Tun M dan juga Siti telah hadir pada satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, 11 September lalu.

Aksi seksi Stacy atas katil...

Selasa, 11 Ogos 2015

Memang berderau lihat aksi klip video terbaru Stacy yang bertajuk Not For Sale. Berbaring atas katil dengan berbaju tidur serta beraksi seksi.

Apa-apa pun penghasilan kualiti lagu dan persembahan video ini mantap dan terbaik.

Bila Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tamil.. (3 video)

Jumaat, 7 Ogos 2015

Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini mengejutkan peminatnya selepas memuat naik video beliau merakamkan suara untuk sebuah lagu tamil karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang seniman terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood.

Wana kini tampil seksi (4 gambar)

Jumaat, 28 November 2014


Dengarnya ini adalah Wana salah seorang penyanyi yang lahir dan menang dari program stesen TV swasta. Tapi namanya tidak gah dengan mana-mana penyanyi realiti yang lain.

Walaupun sudah mempunyai dua buah album, namun rata-rata masih lagi ramai yang tidak mengenali dirinya. (klik untuk besarkan dan baca) -gambar Forum Cari

Fazura keluar single album pertama (video)

Selasa, 11 November 2014

Fazura kini telah menjadi seorang penyanyi dan kemunculan sulungnya di konsert Ulang Tahun untuk majalah EH telah menarik ramai perhatian tetamu yang hadir.

Single pertamanya berjudul 'Sayangi Dirimu'.




Afgan akui tidak mempunyai kekasih hati!

Isnin, 15 September 2014

Penyanyi kacak dari seberang, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza yang kini berusia 25 tahun merupakan selebriti seberang yang berjaya memikat peminatnya di Malaysia.

Dia turut berada di sini untuk jelajah promosi albumnya. Terbaru di Shopping Mall dekat Kuching Sarawak.

Berbicara soal teman aka pacar pula, Afgan akui dia belum mempunyai lagi pacar walapun pernah bercinta satu masa dahulu.
"Saya pernah bercinta secara serius dengan beberapa wanita, tapi perkara itu tidak kekal lama. Bercakap mengenai kekasih, kalau boleh saya mahu kekasih saya bukan dari dunia hiburan. Memandangkan saya sendiri sebagai penyanyi, jika kekasih saya juga dalam bidang hiburan, pastinya masing-masing bakal sibuk dengan rencana kerjaya sendiri. Jadi biarlah dia tidak terlibat dengan industri seni,"

"Ciri-ciri gadis pilihan hati saya adalah dia mestilah seorang yang pintar. Dia juga harus mempunyai 'sense of humor'. Saya juga menyukai gadis yang mempunyai rambut panjang dan berkulit putih,"

Kehidupan terkini Farah Asyikin

Rabu, 23 Julai 2014

Farah Asyikin difahamkan kini sudah lama berehat di dalam bidang nyanyian. Kisah ini terselit disebalik penghijraannya bertudung dan meganggap suara itu aurat.

Namun Farah disyorkan oleh Ulama untuk kembali aktif di dalam bidang nyanyian, yang lebih memfokuskan di dalam bidang dakwah seperti lagu yang baru dihasilkannya, I'm Nothing Without You (Allah).

Anak Farah kini sudah berusia 3 bulan.

Siti Nuhaliza, suami tunai umrah..

Beberapa hari lalu, Dato' Siti Nurhaliza ditemani oleh suaminya Datuk K telah pergi menunaikan ibadah umrah bersempena Ramadan ini.

Hanya sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Dato' Siti di dalam laman sosial Instagram miliknya. Selepas itu Dato' Siti pulang untuk membuat satu majlis pelancaran album lagunya, Fragmen.

Aliff Aziz warnakan rambut demi Siti Nordiana?

Rabu, 2 Julai 2014

Mengenai isu rambut Aliff Aziz yang berwarna kuning itu sebenarnya adalah untuk sebuah kerja dimana dia dengan Siti Nordiana menghasilkan sebuah album lagu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mengakui ianya bukanlah untuk publisiti akibat sekarang namanya sudah seperti tenggelam. Kemungkinan besar sekarang rambutnya itu berwarna hitam sebagai menghormati bulan puasa Ramadan.

Jadi Aliff berharap peminatnya akan tidak berburuk sangka mengenai perubahan rambutnya itu.
Alahai, niat saya bukan untuk buat kontroversi pun dengan rambut ni.

Saya mewarnakan rambut kerana tuntutan kerja. Apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter di dalam video klip lagu baru bersama Nana. Dengan menggunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut yang saya gunakan sebenarnya turut membantu mencantikkan lagi video klip ini. Malah kami semua berpuas hati apabila melihat hasilnya.

Jangan risau, selepas ini, saya akan warnakan balik rambut saya ke warna asal. Setiap apa yang saya lakukan bersebab dan berharap tidak ada yang menuduh saya sengaja mencari masalah. Harap peminat tidak lagi berprasangka buruk kepada saya gara-gara isu rambut ini. -Aliff Aziz petikan Utusan
Sejak awal pembikinan lagu ini lagi saya dan Nana sudah digosipkan bersama. Semua itu saya tepis kerana saya tahu pembikinan lagu ini lebih penting. Saya memang teruja digandingkan dengan Nana yang sudah berpengalaman dalam bidang seni. Apa yang saya boleh kata, saya gembira dengan hasil yang dilakukan.