Hasnah Haron Meninggal Dunia

Pada: Selasa, 2 Ogos 2011
Jarang kita dapat mendengar atau mengetahui orang akan meninggal dunia pada awal bulan suci Ramadhan. Walaupun tidak menikmati bulan Ramadhan tahun ini, namun meninggal dunia pada awal bulan ini dianggap mulia di sisi Allah, insyallah. Begitulah yang telah ditakdirkan kepada Allahyaharmah Hasnah Haron yang meninggal kelmarin, 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan. Salam al Fatihah kepada roh si mati dan salam takziah kepada keluarga besar Allahyaharmah.

Penyanyi pop yeh yeh popular pada era 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim. Menurut anak sulungnya, Haslinda Mohd Eunos, 39, Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.

Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat Asar kelmarin. [VIA]

Tag : , , ,