Pada:
Sabtu, 30 Julai 2011
Bukan apa, ini semua adalah kehendak dan permintaan penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza agar meminta Zach bernyanyi semula dan membuat album solo, memandangkan kerjaya Zach kini sudah meningkat naik, apatah lagi orangnya hencem gitue..Semuanya bermula apabila Zach dan Siti dipertemukan dalam satu majlis hari jadi rakan baiknya, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Dalam majlis itu, mereka dikehendaki berduet mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia.Zach macam nak pikat Dato' Siti jerk ni, habis lah oleh Dato' Seri K nanti. Haha. Main-main jerk yer..
“Saya agak teruja apabila pertama kali menyanyi bersama-sama dia (Siti) dan terkelu lidah apabila dia meminta saya menghasilkan album. Pada waktu itu juga, saya terlepas cakap untuk mempelawanya berduet bersama-sama dalam satu album,” ceritanya lagi. [VIA]
Tag : Berita Artis , Pelakon , Siti Nurhaliza , Zack X-Factor

