Pada:
Khamis, 7 Julai 2011

"Namun, saya berhasrat untuk menghantar Rayyan ke sekolah tahfiz agar dia boleh mendalami ilmu agama dengan sempurna. Ini memang impian saya sejak mengandung, kalau boleh memang saya mahu lihat Rayyan belajar agama hingga ke Mesir.
"Tapi, bapanya pula lain. Dia juga mempunyai impian untuk anaknya, sekarang pun dia ada belikan barangan-barangan Polo untuk Rayyan, mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya.
"Saya tidak kisah, tapi kalau boleh biarlah Rayyan terlebih dahulu mempelajari agama, sekurang-kurangnya bila dia menceburi bidang lain, dia sudah mempunyai asas agama yang cukup.
"Saya mahu dia pandai agama, saya mahu segala-galanya untuk anak saya dan saya mahu dia masuk syurga. Zaman ini sahaja, macam-macam perkara sudah berlaku, kita tidak tahu dizaman Rayyan dewasa nanti bagaimana, jadi ini persediaan saya kepadanya," kata Nora. -ManggaOnline
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Islam , Nora Danish , Tahfiz

