Pada:
Rabu, 20 Julai 2011

Sebab kes bayi terberat bukan yang pertama didunia, malah dah berpuluh-puluh kes di serata dunia. Kuasa Tuhan, apa-apa pun boleh dijadikan dengan kehendakNya. Tapi yang peliknya diseni, gambar bukan macam 8 kg diatas jerk, ni mesti salah mengarang nie.. artikel asal seperti dibawah, tapi tekan balik link, sepertinya dah dihapuskan.. Zzz.. Apa-apa pun tahniahlah kepada Dian Sastrowardoyo dan suami.

Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 17 Julai lalu pada Ahad lalu pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat. Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut. Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal dan seberat 8.03 kilogram.
Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing. [via]
Tag : Anak Artis , Artis Indonesia , Dian Sastrowardoyo , Pelakon