gambar bila Zain Saidin buka baju

Pada: Rabu, 1 Jun 2011
Pelakon baru, Zain Saidin ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, semua orang dah tahu mengenai kedatangannya ke dunia seni tanah air. Dan Zain bertindak berani dengan membuat sesi fotografi bersama RAP ala-ala seksi dengan membuka baju. Dengan nada yang cool kata Zain, tiada salahnya kalau dia berbuat begitu kerana ia juga satu bentuk fotografi. Lagipun sesi bergambar itu dilakukan di lokasi tertutup dan bukan mengganggu tumpuan umum. Dan kenyataan dibawah ini memperlihatkan diri sebenar Zain Saidin...

“Saya inginkan kelainan dalam sesi fotografi. Apa salahnya berkongsi tip penjagaan badan dengan pembaca RAP. Terus terang saya rasa selesa bergambar tanpa baju dan hanya mengenakan ‘vest’ dan jeans. Saya rasa ini tidak melampau. Lagipun saya bukan bergambar dengan pasangan artis wanita. Kalau ada pasangan lainlah halnya, nanti akan dipandang serong pula. " -sumber RAP
Ps: perlu ke ini semua? kan lebih bagus pakai baju yang sopan, baju Melayu ker, kita di negara Islam, Islam agama rasmi, agama Zain pun Islam, namun rasanya ini semua tidaklah sangat-sangat seswai mengikut tempat, waktu dan pandangan masyarakat.. Dato' Siti tak pakai seksi-seksi pun dah kayo rayo, nombor satu lagi tu.. :)

Tag : , , , ,