Yusry KRU, Lisa Surihani tengah bercinta?

Pada: Khamis, 21 April 2011
Terkejut juga mendengar gosip yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang Harian Metro baru-baru ini. Maka tidak menjadi satu kehairanan sebab Yusry KRU yang sering kali dikaitkan oleh mana-mana aktress jelita termasuklah Maya Karin dan juga Kyla Fairy. Biasalah orang kaya, hensem, siapa tak nak kan. Memandangkan gosip kali ini yang mengaitkan dirinya dengan aktress jelita, Lisa Surihani agak bakal mengusarkan dan mengugat lelaki-lelaki diluar sana. Seperti sediamaklum, Lisa pun belum pernah dengar lagi mengenai siapa kekasih sebenarnya, kekasih gosip adalah, Farid Kamil dan Shaheizy Sam. Takpelah, apa-apa pun mengenai Lisa itu hak dia, kita doakan sahaja kebahagian dia. hakhak.

HMetro: Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.

Tag : , , , ,