.. Dalam Botol kutip RM600,000 dalam 2 minggu

Pada: Khamis, 7 April 2011
Filem ...Dalam Botol (DB) yang dikatakan sudah mencecah kutipan RM1 juta sejak ditayangkan 24 Mac lalu, sebaliknya hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan. Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

Kata David, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. Kata David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam. -sumber mStar

PS: cincai pun mo RM1 juta juga modal filem ni, tambah gaji star2 lagi, balik pokok ker tidak nie erk.. Kalau tajuk filem tue, 'Jin dalam botol' ok juga, laku tue. hehe

Tag : , , , , , , ,