Bekas suami Erema, Seri Bayu meninggal dunia

Pada: Ahad, 3 April 2011
Seri Bayu meninggal dunia pada jam 8.50 malam kelmarin, 2 April 2011 di Hospital Batu 3, Port Dickson. Allahyarham meninggal disebabkan kegagalan jantungnya (kata mStar sebab penyakit saraf motoneuron). Menurut bekas isteri Allahyarham yang juga penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas sembahyang Zohor, di tanah perkuburan Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan Erema banyak-banyak bersabar, dan sedekahkanlah al Fatihah untuk Allahyarham. -Sumber Gua

Tag : , , , ,