Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bekas suami Erema, Seri Bayu meninggal dunia

Ahad, 3 April 2011

Seri Bayu meninggal dunia pada jam 8.50 malam kelmarin, 2 April 2011 di Hospital Batu 3, Port Dickson. Allahyarham meninggal disebabkan kegagalan jantungnya (kata mStar sebab penyakit saraf motoneuron). Menurut bekas isteri Allahyarham yang juga penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas sembahyang Zohor, di tanah perkuburan Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan Erema banyak-banyak bersabar, dan sedekahkanlah al Fatihah untuk Allahyarham. -Sumber Gua

Mahkamah Arah Penyata Akaun Erema Disiasat

Khamis, 24 Disember 2009

Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, kelmarin memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata akaun penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat. Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan suaminya, Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya. Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.

Mengenai wang royalti itu, Erema berkata dia telah memasukkannya ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu setelah disoal oleh peguamnya, Ahmad Tarmizi Shariff. Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz mewakili Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang ditemui di luar mahkamah berharap plaintif akan mematuhi arahan tersebut.

"Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi.
Hakim Syarie memutuskan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di mahkamah yang sama. Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. Wanita itu berlalu tanpa memberikan sebarang komen sambil mengesat air matanya sejurus perbicaraan itu selesai. Sementara Seri Bayu yang berkerusi roda memaklumkan dia tidak berpuas hati dengan jawapan Erema di dalam mahkamah kerana banyak fakta yang tidak betul.

Erema akui Bayu Kuat Seks?

Sabtu, 25 Julai 2009

Kes Erema, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 dengan bekas suaminya Seri Bayu, atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 44, yang sudah dekat setahun berlalu makin lama makin bermisteri. Tidak tahu mana satu pihak yang benar atau salah. Bayu yang menderita sakit saraf dan lumpuh dengan menggunakan kerusi roda, disyaki oleh Erema memiliki tenaga luar biasa yakni Bayu kuat seks. Tidak tahulah ini cerita dari Erema sendiri atau sekadar rekaan imiginasi editor majalah yang menayangkannya. Apa-apapun korang beli lah akhbar ini, dan mungkin korang boleh pahami apa maksud tajuk utama akhbar ini. (dah lah orang sakit macam tue, kena cop pulak kuat seks) Ngeh3.