Zed Zaidi sudah punya kekasih hati?

Pada: Selasa, 1 Mac 2011
Baru-baru ni editor majalah Mangga terserempak dengan aktor pelakon drama popular yang kacak, Zed Zaidi di sebuah shopping mall dekat Damansara. Walaupun dia tidak sedar kehadiran editor ketika itu, editor sengaja tidak mahu pergi mendekatinya sebab ketika itu Zed Zaidi ditemani oleh seorang wanita.

Dari lenggok gayanya, kelihatan mereka ini seperti pasangan kekasih. Apa tidaknya, dari cara mereka berjalan berpimpinan tangan dan bergurau, jelas mentafsirkan mereka berdua ini sedang hangat bercinta. Wajah Zed Zaidi juga kelihatan ceria semacam, jadi diduga mereka ini sedang mengenali hati masing-masing. -ManggaOnline

Tag : , , ,