Shahz Jaszle akui masih single! ada chan korang

Pada: Khamis, 17 Mac 2011
Umum sudah mengetahui kisah cinta Shahz Jaszle dengan Maria Farida, 41. Sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan. Ia terhenti sebelum mencapai usia setahun (8 bulan). Tidak pernah berasa menyesal mencurahkan perasaan kepada individu yang lebih dewasa daripadanya, buat Shahz umur hanyalah nombor. Malah, takdir menemukan mereka apabila sama-sama berlakon dalam drama bersiri Asmara sebelum ini. Sayangnya, Maria sudah tidak mahu terlibat dalam Asmara 2. Mungkin itu yang dinamakan profesional.

Shahz turut menafikan hubungan cintanya dengan aktres selain Maria termasuk dengan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa. Tambahnya yang mengakui Maria adalah kekasih selebriti pertamanya:
"Sekarang saya berstatus solo dan mahu menumpukan perhatian pada projek lakonan saya." -Kosmo

Tag : , , , , ,