Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Kurang berlakon, populariti Aaron Aziz dicantas Fattah Amin?
Khamis, 1 Jun 2017
Dengar khabar yang pelakon popular Aaron Aziz kini sering dimasukkan hospital kebelakangan ini. Ia disebabkan ecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya dan menyebabkan dia harus mendapatkan suntikan streoid berulang kali dari doktor.
"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.
Buat masa ini Aaron terpaksa banyak berehat dan memungkinkan populariti Aaron untuk berlakon babak-babak romantik semakin dan mudah dicantas oleh Fattah Amin.
Mengulas hal itu, Aaron mengatakan yang semuanya adalah rezeki Fattah dan mengakui yang Fattah memang mempunyai pakej dan bakat yang tersendiri untuk menjadi bintang.
"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.
"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," tambahnya lagi.
Hafidz Roshdi Hero Drama Tundukkan Playboy Itu (7 gambar)
Khamis, 25 Februari 2016
Sebenarnya Hafidz ini muda lagi, baru berusia 21 tahun dan pernah menyertai pertandingan Hero Remaja seangkatan dengan Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle bagi musim 2011/2012.
Hafidz kini sedang menuntut di Open University Malaysia dan pernah berlakon dalam beberapa drama lain sebelum ini seperti Baby Ana Milik Siapa dan Aku Pilih Kamu.
Adira Hiasi Muka Hdapan Majalah Lisa
Sabtu, 1 September 2012
Majalah terkenal Lisa kali ini menampilkan finalis Akademi Fantasia, Adira sebagai penghias muka hadapan majalah berkenaan untuk edisi terbaru. Katanya Adira seorang wanita yang sejati, sejati macamana ek. Yang itu tidak pasti pula, kena belinya di kedai. Bukan itu sahaja malah Lisa juga menampilkan beberapa artis Melayu kacak sebagai undian untuk edisi berkenaan. Mungkin anda yang suka lihat lelaki kacak, inilah saatnya untuk mengenali diri mereka. -gambar Lisa Malaysia


klik untuk besarkan


pelakon Shah Iskandar, pelakon kacak!
Jumaat, 22 Jun 2012
Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar merupakan seorang pelakon kacak yang bakal mengungat prestasi mana-mana pelakon kacak yang lain. Diperkenalkan khas melalui drama aksi Gerak Khas di TV2 arahan Datuk Yusof Haslam, Shah Iskandar nampak lebih matang dalam dunia lakonan. Orangnya masih lagi bersih daripada sebarang gossip liar.











Gambar Kekasih baru Shahrizal?
Rabu, 25 April 2012
Pelakon kacak, Shahrizal kini sudah kantoi dengan gambar misteri yang sudah tersebar di blog-blog hiburan, gambar yang dikatakan misteri itu adalah gambar dia dengan seorang awek yang tidak dikenali, namun melihat daripada gambar itu, cukup mesra dan rapat, Shahrizal pergi main badminton pun dia juga turut datang.



gambar BeautifulNara



Gambar Terbaru Fahrin Ahmad
Sabtu, 18 Februari 2012
Pelakon dan Aktor, Fahrin Ahmad memang ramai peminatnya, manakan tidak, orangnya kacak dan serba macho, badannya juga cukup tuff. Namun sampai sekarang kita tidak tahu siapa kekasih Fahrin, belum ada gosip itu lagi melanda buat dirinya. Mungkin masih lagi single. Gambar dibawah adalah gambar Fahrin ketika sesi media untuk filem/drama Misi 12.








Zul Ariffin tetapkan 5 tahun lagi untuk kahwin!
Khamis, 19 Mei 2011
Usia Zul Ariffin pelakon bersiri Gerak Khas kini dah masuk 25 tahun. Terbaca dalam sisipan Utusan baru-baru ni, yang Zul mahu menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun, maknanya ada 5 tahun lagi dia bakal hidup membujang. Namun apa nasib si Abby Abadi yang digosipkan ada hubungan dengannya? adakah Abby mahu tunggu dan setia untuk 5 tahun kehadapan? agaknya memang susah nak menunggu 5 tahun lagi. Almaklumlah Abby ni kan berumur sikit berbanding si Zul.
Zul ni takyah lah nak tunggu 5 tahun lagi, lamo benar tu. Dah ada bunga depan mata, baik percepatkan sahaja proses-proses yang sepatutnya. Kita pun tak tahu ajal tu bila datang, bak kata Nabi ambil lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, ambillah masa sihat mu ketika datang sakit mu. Betul kan. Mungkin Zul ni masih lagi nak kolek2 duit untuk kahwin besar-besaran kot. Hehe. Apa-apa pun kalau dah ada duit dan ehem2 tue, percepatkan sahaja kahwin yer. Nanti tak timbul fitnah lagi. Peace No War~

Zul ni takyah lah nak tunggu 5 tahun lagi, lamo benar tu. Dah ada bunga depan mata, baik percepatkan sahaja proses-proses yang sepatutnya. Kita pun tak tahu ajal tu bila datang, bak kata Nabi ambil lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, ambillah masa sihat mu ketika datang sakit mu. Betul kan. Mungkin Zul ni masih lagi nak kolek2 duit untuk kahwin besar-besaran kot. Hehe. Apa-apa pun kalau dah ada duit dan ehem2 tue, percepatkan sahaja kahwin yer. Nanti tak timbul fitnah lagi. Peace No War~
Utusan: Insya-Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia menginjak 30 tahun. Ada lima tahun lagi. "Saya rasa dengan tempoh yang ada itu, saya sudah boleh berdiri atas kaki sendiri dan menjalankan kewajipan sebagai seorang suami yang baik,"
Gambar Josiah Hogan, pelakon baru kacak
Rabu, 6 April 2011
Nama pelakon baru ni, adalah Josiah Hogan. Josiah ni memang kerap kali muncul dalam pelbagai drama di Astro. Menjadi bualan hangat tak lama lagi, sebab orangnya macho dan kacak. Sepertinya ada campuran Latino+Arab muka Josiah. Dalam Astro tu dia pernah berlakon dalam Disapa Izrail. Kat Cerekarama pun ada juga tapi tak tahu tajuk yang mana satu yang penulis dapat tahu yang baru-baru ini. Lihat sahaja muka Josiah ni ada juga macam Iqram Dinzly dan ada juga macam Zac Efron. Wah mantop ni. Boleh mengalahkan dua artis hebat ni tak lama lagi. Nantikan.. Zass..






Shahz Jaszle akui masih single! ada chan korang
Khamis, 17 Mac 2011
Umum sudah mengetahui kisah cinta Shahz Jaszle dengan Maria Farida, 41. Sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan. Ia terhenti sebelum mencapai usia setahun (8 bulan). Tidak pernah berasa menyesal mencurahkan perasaan kepada individu yang lebih dewasa daripadanya, buat Shahz umur hanyalah nombor. Malah, takdir menemukan mereka apabila sama-sama berlakon dalam drama bersiri Asmara sebelum ini. Sayangnya, Maria sudah tidak mahu terlibat dalam Asmara 2. Mungkin itu yang dinamakan profesional.
Shahz turut menafikan hubungan cintanya dengan aktres selain Maria termasuk dengan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa. Tambahnya yang mengakui Maria adalah kekasih selebriti pertamanya:
Shahz turut menafikan hubungan cintanya dengan aktres selain Maria termasuk dengan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa. Tambahnya yang mengakui Maria adalah kekasih selebriti pertamanya: "Sekarang saya berstatus solo dan mahu menumpukan perhatian pada projek lakonan saya." -Kosmo
Shahz Jazle artis paling hensem di Malaysia! betul ke?
Isnin, 7 Februari 2011
Luahan peminat: Semakin ramai yang sibuk memperkatakan tentang shahz jaszle sekarang ni. Dari awek2 ipt hinggalah ke mak cik2 pencen..datin datin...gayboy2 malah jantan jantan semua memperkatakan tentang kehenseman dan kemachoan dan meminati n meng agungkan shahz jaszle yg pantas mencaras populariti Aaron aziz dan Remy ishak. Malah lakunan pun hebat dalam asmara dan gemilang..
adoiii kalo macam ni malaysia dah tak malu lagi dengan hero hero indon, thai n filipina kerana malaysia pun dah ada hero hensem yg macho macam shahz jaszle. Tak macam Farid kamil yang serab** n bus** tu. Dan tak payah nak tayang badan ketul2 macam ady putra. Tp Shahz tetap meletup. Pencabar utama Shahir di ABP untuk artis lelaki baru popular.
Dengar khabar ada aktor muda jeles dengan popularitynya. siapa ek?? Shahz juge menggantikan tempat Gambit untuk watak hero AZURA 2011. Agak2 apa ek tips atau amalan shahz jaszle yg boleh membuatkan beliau terlalu hensem dan pantas popular tak macam kamal adli, fizo omar atau iqram yg masih berusaha keras...
adoiii kalo macam ni malaysia dah tak malu lagi dengan hero hero indon, thai n filipina kerana malaysia pun dah ada hero hensem yg macho macam shahz jaszle. Tak macam Farid kamil yang serab** n bus** tu. Dan tak payah nak tayang badan ketul2 macam ady putra. Tp Shahz tetap meletup. Pencabar utama Shahir di ABP untuk artis lelaki baru popular.Dengar khabar ada aktor muda jeles dengan popularitynya. siapa ek?? Shahz juge menggantikan tempat Gambit untuk watak hero AZURA 2011. Agak2 apa ek tips atau amalan shahz jaszle yg boleh membuatkan beliau terlalu hensem dan pantas popular tak macam kamal adli, fizo omar atau iqram yg masih berusaha keras...
gambar artis kacak seberang, Boy Hamzah
Rabu, 2 Februari 2011
Nama Boy Hamzah, 22 tahun mula dikenali selepas menjadi wajah kempen iklan jenama rokok Surya 12 Premium. Sebelum itu dia pernah berlakon, tapi tidak pernah diberi watak utama. Selepas wajahnya menghiasi billboard, barulah undangan berlakon lebat datang kepadanya. Bila sebut nama Boy Hamzah, peminat akan mengaitkan dirinya sebagai model Surya sehingga hari ini. Antara sinetron lakonannya termasuklah Ketika Cinta Bertasbih, Nikita, Legenda Cinta Kemayuran, Surat Untuk Bidadari dan banyak lagi. -Gambar ManggaOnline




Artis Kacak Nazim Othman
Selasa, 15 Disember 2009
Sekarang dah ramai artis-artis baru yang dilahirkan. Kelahiran artis ni, seperti satu pembiakan besar-besaran bagi mengaut keuntungan hasil daripada kerjaya mereka. Nazim Othman merupakan artis kacak yang dilahirkan untuk peminat-peminat selebriti tempatan. Kemunculannya masih baru lagi, memiliki bentuk badan dan paras rupa yang menarik, kalau digunakan sepenuhnya bakat Nazim, memang meletup lah artis ni satu hari nanti.


























