Faezah Elai mahu kahwin akhir tahun ni

Pada: Rabu, 23 Mac 2011
Dalam kisah panas sensasi, gaduh sana, gaduh sini kemudian dikaitkan pula dengan suami orang, Faezah Elai rupa-rupanya sedang bersiap sedia untuk berkahwin pada hujung tahun ini. Mulanya cuma dengar-dengar, tapi lepas Faezah sendiri membuka mulut kepada seorang teman@sumber, sahlah dia akan menamatkan zaman bujang.

Kata teman@sumber, Faezah mahu simpan perkara itu sebagai kejutan, yang penting lelaki pilihannya itu bukan daripada kalangan orang seni, bukan pelakon, pengarah atau penerbit. Nyatanya, bukan si pengarah suami orang yang digembar-gemburkan ada skandal dengannya. Baguslah kalau macam tu. Lepas ni, mai pakat ramai-ramai turun Pulau Pinang, pekena nasi kandar sempena kenduri kahwin Faezah! -Kosmo!

Tag : , , ,