Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak bakal jadi poyo jika lakukan ini - Faezah Elai

Ahad, 14 Mei 2017


Agak mengejutkan bila Faezah Elai berani mengatakan anaknya menjadi poyo sekiranya berbuat perkara ini. Perkara berkenaan adalah mengenai membuka laman sosial lebih-lebih trend anak selebriti sekarang yang dari kecil sudah ada laman sosial berkenaan.

Memetik laman mStar Online, Faezah Elai langsung tidak terfikir untuk membuka Instagram buat dua anak perempuannya iaitu Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrinna (setahun lima bulan).

Jelasnya, selain tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan laman sosial kerana mereka masih kecil, dia juga tidak merasakan mempunyai masa untuk mengemaskini akaun itu nanti.

"Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak.

"Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

"Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi 'poyo' pula. Biarlah mereka mereka membesar secara normal," katanya

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

Anak comel Faezah Elai (7 gambar)

Isnin, 22 Ogos 2016

Faezah Elai bagi 'amaran' awal untuk anaknya!

Jumaat, 24 Jun 2016

Faezah Elai memberitahu tidak mahu anak-anak mereka mendapat pendedahan kepada dunia seni dalam usia muda.

Faezah mahu melihat dua cahaya matanya iaitu Dealova Heyrinna (3 tahun) dan Aurora Heyrinna (enam bulan) membesar sebagai kanak-kanak biasa yang tidak dilimpahi dengan populariti.

Faezah Elai hamil anak ke-2 6 bulan (6 gambar hamil)

Ahad, 23 Ogos 2015

Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu.

Faezah mengakui pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

Faezah Elai kini bertudung (gambar)

Isnin, 16 Mac 2015

Alhamdulillah, pelakon Faezah Elai kini telah tampil dengan penampilan bertudung sepenuhnya. Gambar Faezah dengan anak sulungnya, Dealova Heyrinna Heykal, membuktikan yang pelakon itu kini telah bertudung untuk menghadiri satu majlis.

Laman sosial Instagram Faezah bukanlah banyak dimuatnaik gambar dia bertudung namun sebaliknya gambar-gambar yang berunsur nasihat dan keagamaan telah dimuatnaik.

Anak terkini Faezah Elai (9 gambar)

Isnin, 22 Disember 2014

Dah nak masuk usia 2 tahun dah anak Faezah Elai ni, Dealova Heyrinna. Jom layan sat..

Cantiknya Bentuk Badan Faezah Elai

Selasa, 3 Disember 2013

Bukan main lagi pakaian Faezah Elai ni, cukup menampakkan dirinya begitu slim sekali. Tak pasti apa rahsia disebalik memiliki badan seperti ini. Mungkin juga sebab baju tu yang berfesyen memang slim kat tengah.

Kalau dilihatkan Instagram nya dia hanya muatnaik pemakanan seimbang dan sihat. Baguslah kalau macam tu, makanan seimbang diutamakan, jangan pula makan ubat yang berlebihan kan, macam tak elok je jadinya nanti.

Gambar ni diambil ketika Faezah dan suami ke ASK 2013 baru-baru ni.

Gambar Faezah Elai Bertudung

Khamis, 1 Ogos 2013

Faezah Elai dah bertudung? belum lagi, dia bertudung untuk babak untuk telemovie Sesuci Kasih Ummi je. Tudungnya itu disponser oleh Fareeda.

Nampak Sweet dan anggun melihat Faezah Elai ni gambar yang dimuatnaiknya sendiri ke dalam laman sosial Instagram miliknya (faezahelai).

Gambar dibawah lagi tu gambar dari Kosmo!, Faezah dan suaminya serta anaknya, Dealova Heyrinna yang kini nak masuk 6 bulan.

Gambar Anak dan Faezah Elai Terkini

Selasa, 16 Julai 2013

Setelah 5 bulan berlalu sejak melahirkan anak sulung Faezah Elai, Dealova Heyrinna kini Faezah kelihatan lebih ceria dan bertenaga selepas mendapat anak sulung. Wajahnya kelihatan sungguh anggun dan kembali aktif dalam dunia lakonan seperti sedia kala.

Namun kehadiran Dealova sepertinya membawa satu sinar kebahagian di dalam rumahtangga, bahkan kedatangan bulan Ramadan ini juga turut diwarnai bersama Dealova yang pertama kalinya bersama-sama ibu dan bapanya menjalani ibadah Ramadan. -Instagram faezahelai

Faezah Elai Mahu Berlakon Semula (Gambar)

Isnin, 15 April 2013


Pelakon Faezah Elai yang melahirkan anak sulung pada awal Februari 2013 yang lalu kini berhasrat mahu kembali berlakon semula setelah melahirkan anaknya, Dealova Heyrinna. Malah suaminya, Heykal memberi lampu hijau untuk Faezah kembali berlakon semula.

Sebenarnya sudah 8 bulan Faezah menyepi dari industri lakonan sejak Jun 2012 yang lalu dengan mengambil sepenuh perhatian terhadap kandungannya, menurut portal Utusan semalam.

"Memang saya terlalu rindukan dunia lakonan. Sekalipun bercuti panjang, saya tetap menonton drama, filem tempatan dan antarabangsa bagi mengubati kerinduan. Alhamdulillah impian saya itu tercapai. Insya-Allah saya akan kembali berlakon drama pada minggu depan," kata Faezah
Namun Faezah berazam dan berjanji tidak akan mengabaikan tugas sebagai seorang isteri dan ibu selain dapat membahagikan masa terhadap keluarganya.

Gambar Anak Sulung Faezah Elai

Selasa, 19 Februari 2013


Pelakon, Faezah Elai yang selamat melahirkan anak pada 6 Februari yang lalu kini sudah menayangkan gambar/photo anaknya itu kepada umum melalui laman sosial miliknya.

Nama anak sulung Faezah Elai dan suaminya, Heykal Hanifah itu bernama Dealova Heyrinna (nama pun kelas gitue). Layan..

Faezah Elai Selamat Melahirkan Anak Sulung

Khamis, 7 Februari 2013


Pelakon, Faezah Elai dikhabarkan telah selamat melahirkan anak sulung pada jam 7 petang semalam di hospital swasta, Prince Court Medical Centre.

Berita baik ini disahkan sendiri oleh Faezah melalui laman sosial Twitternya. Namun gambar serta nama bayi berkenaan belum lagi diberitahu kepada umum.

Faezah dan Heykal Hanifah dinikahkan pada September 2011. Tahniah diucapkan.

Faezah Elai Buka Restoran

Sabtu, 12 Januari 2013

Wah dah semakin sukses nampaknya pelakon Faezah Elai. Kini dia dah buka restorannya sendiri yang diberi nama F.Elai's Teh Tarik. Nampak sangat special menu yang dihidangkan dan nampak kelainan daripada yang lainnya. Lokasinya adalah di No.16-G, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sg.Besi 570


Gambar Faezah Elai Mengandung / Hamil

Jumaat, 28 Disember 2012

Wah dah semakin membesar kandungan/kehamilan pelakon Faezah Elai. Ini adalah kandungan anak sulung Faezah Elai yang dijadualkan akan melahirkan anaknya itu pada bulan Feb 2013 tahun depan. Semenjak mengandung, Faezah memang jarang berlakon atau ke set lakonan dan kemungkinan dia akan berlakon semula selepas 2 bulan bersalin nanti. Dan akan muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun yang sama. -gambar mStar



 

Faezah Elai Sahkan DIri Hamil Anak Sulung

Khamis, 9 Ogos 2012

Ini berita yang sungguh mengembirakan kepada peminat lakonan Faezah Elai. Dikhabarkan Faezah sudah hamil atau mengandung anak sulung setelah setahun berkahwin dengan suaminya, Heykal Hanafiah.

Kesahihan berita ini juga telah dikongsi bersama oleh Faezah melalui laman sosial Twitter miliknya beberapa jam yang lalu. Namun tidak diketahui berapa usia kandungan berkenaan. Apa-apa pun tahniah diucapakan atas berita gembira ini.

Gambar Pernikahan Faezah Elai, Heykal

Sabtu, 10 September 2011

Dengan hanya sekali lafaz, Faezah Elai kini sah bergelar isteri kepada pengarah, Heykal Hanifah kira-kira jam 3.35 petang kelmarin 9 September. Faezah menerima mas kahwin sebanyak RM1001 manakala jumlah wang hantarannya dirahsiakan. Pada majlis akad nikah tersebut, pihak perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran antaranya cincin beserta rantai, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan kecantikan Forest’Secret, Al-Quran digital dan telekung.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan antaranya berupa sebentuk cincin, kamera Nikon DX, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan penjagaan lelaki Forest’Secret, Al-Quran, wangian, dompet Mont Blanc, buah, cupcake serta sirih junjung.

Gambar bergaun biru di bawah adalah acara berinai Faezah.






















[Via ]

Faezah Elai Nikah 9 September tapi....

Selasa, 9 Ogos 2011

Pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah merupakan calon yang disebut-sebut sebagai suami kepada pelakon Faezah Elai. Dalam kenyataan Faezah kepada media, dia taknak mengaku siapa calon suaminya, Faezah juga hanya bermadah-madah seperti memberikan 'hint' untuk meneka dan mencari siapa calon suaminya. Namun media sepertinya tidak lah sebodoh itu kot, sebab dunia seni Malaysia tak lah sebesar dunia seni Bollywood dan Hollywood kan. Kan lebih baik berterus terang benda baik juga, habis cerita. Hehe.

“Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah.

Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.

"Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit," Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.

Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media. Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut. [via]

Zarina Anjoulie, Faezah Elai bergaduh kerana seorang lelaki?

Khamis, 14 April 2011

Selalunya dengar patah pepatah pujangga, lelaki akan kecundang dengan seorang wanita, tapi kali ini dua wanita pula kecundang kerana seorang lelaki. Adoi. Kisah mengenai artis paling kontroversi, Zarina Anjoulie dan seorang lagi artis, Faezah Elai kerana bergaduh pasal seorang lelaki. Mungkin berebut kot. Aish tak tahu la kalau lelaki tu kaya, tampan, kacak, tegap kan. Si Zarina Anjoulie dah nek hangin kat Facebook dia. Meh tengok wall dia ni. Masyuk~

Oh by way FAEZAH ELAI,I got voted 5 top sexiest n most beautiful woman in malaysia n of course no1 would n my kakak fasha,did u..well bottom line is u didn't even make it to d top 10.. So take that. Wit all d jobs uve been gettin people still don't think ur all that anyway. Till u make 2 d list n get 2 me in FHM then we'll talk. Ur still now where near me. Ur a joke by d way. -Zarina Anjoulie Lavocah
selepas post diatas didelete..
I admit ur gettin more jobs than me now. Well I'm busy focusing on my studies so I can't commit on acting. Laugh at me now faezlah elai but remember beauty doesn't last n u can't act forever. Plus what's beauty n fame without brains anyway? If ur famous but ur stupid without any qualifications what's d point? Guys want a pretty girl with brains not a pretty famous girl who's a BIMBO.. Guys correct me if I'm wrong! -Zarina Anjoulie Lavocah
komen kepada post diatas..
Dia bengang ngan I sebab ada one guy yg dia nk tak dapat then that guy suka I pasal tu dia benci I then n tarik muka n kutuk I kat semua org -Zarina Anjoulie Lavocah

Faezah Elai mahu kahwin akhir tahun ni

Rabu, 23 Mac 2011

Dalam kisah panas sensasi, gaduh sana, gaduh sini kemudian dikaitkan pula dengan suami orang, Faezah Elai rupa-rupanya sedang bersiap sedia untuk berkahwin pada hujung tahun ini. Mulanya cuma dengar-dengar, tapi lepas Faezah sendiri membuka mulut kepada seorang teman@sumber, sahlah dia akan menamatkan zaman bujang.

Kata teman@sumber, Faezah mahu simpan perkara itu sebagai kejutan, yang penting lelaki pilihannya itu bukan daripada kalangan orang seni, bukan pelakon, pengarah atau penerbit. Nyatanya, bukan si pengarah suami orang yang digembar-gemburkan ada skandal dengannya. Baguslah kalau macam tu. Lepas ni, mai pakat ramai-ramai turun Pulau Pinang, pekena nasi kandar sempena kenduri kahwin Faezah! -Kosmo!