Pada:
Sabtu, 26 Mac 2011


"Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege. Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon.-PS: tahniah edry kerana ikhlas mengajar protege dan bukan kerana nak konon2 berlakon drama sampai marah2 padahal semuanya lakonan yang ada skrip yang dah disediakan oleh penerbit.. Zzzz.. malu la.. sampai Edry pecah tembelang macam ni. nak naikkan rating la tu kot.. last2 semua orang dah tahu yang semyanya lakonan semata2. sebelum ni memang orang agak2 je semua ni lakonan, tapi kali ni dah 'kompom'.. huhu..
"Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan. Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon.
"Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon. Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya.
"Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya lagi. -TheStar
Tag : Berita Artis , Edry KRU , Mentor , Program Realiti , TV3