Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Gambar Terbaru Kyla Fairy, nampak matang!
Jumaat, 29 Julai 2011
Artis yang mula dikenali ramai pada tahun 2011 ini adalah pelakon bernama Syakila Nisha Jahangir Khan atau nama famousnya adalah Kyla Fairy yang masih berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil. Melihat usianya memang nampak muda, tapi kalau lihat orangnya kelihatan agak matang tue~. Pernah digosipkan dengan Yusry dahulu tapi itu semuanya gosip jerk, sebab Yusry sekarang tengah berbahagia dengan Lisa Surihani.


bila Kyla Fairy menyanyi lagu
Selasa, 26 April 2011
Tak sangka pelakon baru, Kyla Fairy ni ada bakat dalam nyanyian. Lagu pun kira level susah juga, hindustan dan inggeris. Kalau tidak silap, ada juga dia menyanyi kat Melodi lepas kan. Suara pun alamak, merdu tahap gaban. Memang admin bagi 5 bintang la kat Kyla. Sesuatu permulaan yang baru yang terbaik. Jap lagi Kyla bakal bersaing dengan artis-artis baru yang lain. Cayok2!
Kyla Fairy, Yusry KRU dalam URTV
Rabu, 16 Februari 2011
Nama Yusry sejak kebelakangan ini semakin terkenal. Mana isunya dengan Maya Karin melihat wayang bersama-sama sehinggalah gosipnya dengan pelakon muda yang berumur 19 tahun, Kyla. Biasalah dengan status duda yang dimiliki Yusry, mungkin tidak menjadi kesalahan dalam mencari jodoh yang sepadan dengan dirinya. Kalau betul-betul pun tidak menjadi salah juga kan. Yang penting tak buat sesuatu yang gempak yang boleh menimbulkan syak wasangka.
Yusry dari sudut kewangan dah mampu pun. Jangan tunggu lama-lama lah Yusry, Maya Karin pun ok apa. Kalau Kyla pun lagilah ok, masih lagi gadis. Hehe.

Yusry dari sudut kewangan dah mampu pun. Jangan tunggu lama-lama lah Yusry, Maya Karin pun ok apa. Kalau Kyla pun lagilah ok, masih lagi gadis. Hehe.
-klik untuk besarkan gambar dan baca..
Kyla Fairy nafi bercinta dengan Yusry KRU!
Rabu, 9 Februari 2011
Pelakon baru, Syakila Nisha Jahangir Khan (Kyla Fairy) yang berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil menjelaskan bahawa gosip hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Dia turut menganggap gosip murahan itu sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.


“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja. Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja.
“Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya. Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam,” katanya kepada mStar.





