Pada:
Isnin, 10 Januari 2011


Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan ‘interlude’ selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. -mStar
Tag : AJL , Ana Raffali , Artis Indie , Berita Artis , Faizal Tahir