Pada:
Isnin, 31 Januari 2011
Ketika mertua Rita tiba di pusat perubatan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini. Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang. -mStar
Tag : Aidil Zafuan , Berita Artis , Mertua , Rita Rudaini

