Pada:
Rabu, 12 Januari 2011
Keintimannya bersama ‘pasangannya’ pada majlis berkenaan dikatakan menyebabkan Maria terasa hati, lalu meluahkan perasaan itu pada laman Twitternya.Walaupun Shahz cuba memujuk kembali pelakon wanita terbabit, tetapi khabarnya Maria tetap kecewa dengan apa yang berlaku. Kononnya, dia sudah lama terbabit dalam seni dan tidak mahu perkara remeh seperti itu mengganggu kehidupannya, terutama daripada bakat baru.
Ayat yang ditulis Maria dalam pesanan twitternya berbunyi: "...kita secara rasminya sudah tidak ada apa-apa lagi."Menurut beberapa peminat yang berada di majlis berkenaan, Shahz dikatakan tampak mesra bersama artis baru itu. Dan, cerita itu sudah pun sampai ke pengetahuan kekasihnya. -Bharian
Zzz. Tak tahulah benar atau tidak, mereka secara rasminya telah berpisah, tunggu komen Maria selepas ini.
Tag : Cinta , Gossip Artis , Maria Farida , Shahz Jaszle

