Selasa, 30 November 2010
Terkejut juga apabila mendengar pelakon manis, Lisa Surihani yang menyebut satu perkataan yang agak kurang manis bunyinya pada siaran langsung program Mari Menari beberapa minggu lepas. Mungkin ribuan ibu dan bapa yang menonton program ini di studio mahupun di rumah terkesima apabila mendengar Lisa menyebut perkataan tersebut.
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, Lisa telah menyebut perkataan 'Gila Babi' sewaktu mengacarakan program ini. Walaupun ia bukanlah dikategorikan ayat mencarut, tapi mengikut fahaman umum, ayat ini tidak sesuai digunakan dalam bahasa pengacaraan TV.
Yang penting, Lisa perlulah lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan bahasa. Mungkin Lisa tiada berniat untuk menggunakan perkataan tersebut, tapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imej Lisa yang sentiasa kelihatan sopan dan disukai ramai. -Murai