Lagenda Budak Setan tak bayar gaji?

Pada: Khamis, 25 November 2010
Filem Lagenda Budak Setan tahun 2010 sememangnya satu filem yang salah satunya paling dikira berjaya mencecah RM1.7 juta kutipannya selepas 4 hari tayangnya kepada umum beberapa bulan yang lalu dalam awal Jun 2010. Manakan tidak, filem ini dibintangi oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani. Tapi dalam diam-diam tak tahu apa kejadian disebalik kejayaan ini, timbul pula persoalan bahawasanya drama yang sebelum filem ini dikeluarkan tidak membayar gaji/komisen kepada penyunting drama bersiri berkenaan. Mungkin sudah lama 'orang' ini menunggu gaji berkenaan, tapi sudah hilang sabar, dia 'post' kat Facebook beritahu kepada umum mengenai nasibnya yang malang itu.


Tag : , , ,