Pada:
Isnin, 29 November 2010


“Lantaklah apa orang nak cakap. Kalau dengar cakap orang sampai bila-bila pun saya tak akan maju. Kalau ada yang mengkritik cara nyanyian saya boleh ambil untuk perbaiki diri. Saya pun bukan sempurna mana. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari sebelum menjadi penyanyi yang baik. Kalau tak diberi peluang sampai bila saya nak jadi bagus.
Macam masa mula-mula berlakon dulu. Ada yang cakap saya berlakon keras macam kayulah. Tapi lama-lama saya perbaiki lakonan saya dari semasa ke semasa. Dalam bidang nyanyian pun saya mengharapkan perkara yang sama. Mahu berjaya dan setidak-tidaknya mengembangkan minat yang ada tertanam dalam diri sejak dahulu lagi,” kata Erry kepada Utusan edisi Ahad kelmarin.
Tag : Album Single , Berita Artis , Erry Putra , Pelakon