Siti Nurhaliza: hamil? politik? kesihatan?

Pada: Sabtu, 18 September 2010
Konsert Datuk Siti Nurhaliza sempena Hari Malaysia yang lepas yang juga dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan ekoran nasihat doktor yang sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil. Konsert anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu sepatutnya berlangsung pada 25 September di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media ringkas. Menurutnya, pihak penganjur telah pun menerima salinan surat doktor pakar dari Pusat Perubatan Prince Court Rabu lalu. Namun, difahamkan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions, ia hanyalah spekulasi dan menyifatkan berita kehamilan itu sebagai satu khabar angin.

Siti hanya menjalani rawatan biasa dan dinasihatkan doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat. Pihak pengurusannya bagaimanapun kesal dengan dakwaan beberapa pihak yang begitu cepat membuat andaian dan spekulasi.

“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Siti masih belum mengandung setakat ini,” ujar Rozi Razak, pengurus Siti. -Gua

Tag : , , ,