Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Norish Karman dedah kenapa dia jadi pembaca berita Bernama

Jumaat, 23 Disember 2016

Norish Karman menolak dakwaan kononnya dia memilih untuk menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel disebabkan sudah tidak mempunyai tawaran berlakon.

Norish sebaliknya berkata, keputusannya itu kerana didorong perasaan minat selain pernah mempunyai pengalaman sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di negara kelahirannya iaitu Singapura.
"Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi saya pernah bertugas sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di Singapura.

"Bidang penyiaran sentiasa berada dekat dihati saya dan kembalinya saya sebagai pembaca berita di BNC bukan kerana kerjaya lakonan sudah malap tetapi kerana minat.

"Saya mahu lakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya dan Alhamdulillah BNC membuka peluang kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Gambar Raya Norish Karman 2014 (12 Gambar)

Jumaat, 8 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Norish Karman dengan anak-anaknya.

Norish Karman halang bekas suami jumpa anak!

Khamis, 20 Februari 2014

Menurut portal mStar, Norish Karman tidak memberikan lampu hijau untuk ayah kandung aka bekas suaminya yang ke-2, bertemu dengan anak mereka, Haq Lutfie Alexader, 2.

Norish menganggap, tidak ada keperluan atau kepentingan penting untuk mereka dipertemukan.
"Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya,"

"Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik," -Norish
Tapi tanggungjawab keperluan untuk 3 lagi anak mereka tidak diabaikan iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9. Menurut fakta, mereka berkahwin pada tahun 1998, dan bercerai pada tahun 2008. Buat masa ini, Norish belum bersedia mencari suami baru.

Gambar Rambut Fesyen Terkini Norish Karman

Selasa, 19 November 2013

Rambut terkini Nora Danish seperti remaja pula ke nampak seperti lelaki. hehe. Mana taknya potongannya di sebelah tepi nampak nipis seperti lelaki punya style. Atas masih banyak rambut pula.

Cantik ke tak, korang nak test buat macam ni, silakan lah, mana tahu secocok dengan rambut korang. Hehe.

Norish Karman Enggan Beraya Dengan Anak

Jumaat, 2 Ogos 2013

Inilah cerita disebalik setiap kali tiba Raya buat Norish Karman apabila diberitakan yang dia tidak akan beraya dengan anak-anak dari bekas suaminya (Malaysia) malah mahu beraya dengan ibu Norish sendiri (Singapura) bersama anak bongsunya, Luftie.

Norish Karman Disamun RM10k, Enggan Report Polis!

Khamis, 27 Jun 2013

Dikhabarkan semalam yang pelakon, Noris Karman telah disamun dan kerugian harta benda miliknya hampir RM10,000. Berita yang memetik portal SinarHarian itu tambahnya lagi kehilangan wang ringgit dan dua telefon bimbit akibat disambun dan mengakibatkan hilang pencarian rezeki tawaran lakonan dan nyanyian kerana ramai pihak gagal menghubunginya.

Kejadian itu berlaku apabila Norish bersama 3 anaknya sedang bersiar-siar di shopping complex di ibu negara.

“Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.

“Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.

"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg”

“Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil,

“Saya ada lapor pada ‘mall’ itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.

“Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah,” katanya.

Norish tampil Dengan Anak ke-4

Rabu, 22 Ogos 2012

Awal tahun lalu ada satu email yang dihantar kepada admin oleh seseorang yang tidak dikenali mengenai kisah pelakon Norish Karman melahirkan anak di hospital, dan admin kurang jelas mengenai isu berkenaan sebab dikhuatiri ianya terlalu hot dan tidak boleh dipostkan kerana memandangkan Norish sudah bercerai dengan suaminya pada 2009 lalu.

Tip top isu tu dah tenggelam, tapi timbul balik setelah Norish tampil bersama-sama majalah Mega bersama-sama anaknya. Namun ada penambahan anak bongsu ke-4 yang dinamakan sebagai Haq Lutfie Alexander. Anak bongsu ini dikatakan lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Soal siapa ayahnya yang itu menjadi misteri tidak dapat terungkap sehinggakan Norish sendiri berani mengatakan mengenai sebelum dan selepas kedatangan Haq dalam kehidupannya.. Wallahualam.. -gambar Rotikaya
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”

“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.

Norish Karman Digilis Lori 10 tan!

Jumaat, 6 Julai 2012

Norish Karman terlibat dengan kemalanagn tergilis lori 10 tan? biar betul, rasanya tiada lagi dalam berita mengenai kemalangan ini, dan pihak media rasanya tidak ambil peduli langsung. Ada juga sekeping gambar memperlihatkan Norish Karman berlemuruan darah berada di bawah tayar lori 10 tan, dan rasanya hancur kot badannya. Ish2.

Dah korang jangan nak excited sangat, sebenarnya ini adalah lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam "Maharku Untukmu" di TV3 pada 30 Jun yang lalu yang meraih 2.4juta penonton. Haha.

Norish Karman nafi hamil anak luar nikah!

Selasa, 13 Disember 2011

Norish Karman yang lama menghilangkan diri (sebenarnya sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ke-3 di Penang dan buat album pertamanya) daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Norish berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,”

Norish Karman dah ada kekasih baru

Rabu, 15 September 2010

Selepas beberapa bulan bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, dan hidup bersama selama 12 tahun, mereka dikurniakan tiga anak yakni Haqiem Armany, 11; Hardy Amieran, 7, dan Putri Hanyz Amanda, 6., janda, pelakon dan juga pengacara tv, Norish Karman mengakui yang dia sudah mempunyai kekasih baru. Norish berkata, hatinya terpaut pada lelaki bukan artis yang enggan didedahkan identitinya.

"Saya mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Bagaimanapun, saya fokus pada karier saya," kata Norish.
Menurut Norish hubungan lelaki itu dengan anak-anaknya adalah baik dan ini sedikit-sebanyak mendorongnya untuk menerima lelaki terbabit.
"Yang penting mereka ada hubungan rapat dan kami saling menyayangi. Barulah percintaan ini boleh berhasil," tambah Norish. -mStar

Ucapan Raya Ifa Raziah dan Norish Karman

Rabu, 23 September 2009

Dua personaliti Tv yang popular masa kini, Ifa Raziah dan Norish Karman yang selalu ada di kaca Tv dalam rancangan Wanita Hari Ini turut berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada peminatnya. Walaupun Ifa sibuk menjual hamper Raya, namun Ifa Raziah sempat berlakon drama komedi Astro Prima, Pak Ngah Tarbus yang bakal ditayangkan pada Hari Raya ke-5 ini. Norish seperti biasa, Raya tanpa suami tersayang. Ngeh3.


Sekitar Majlis Resepsi Catriona Ross

Isnin, 13 Julai 2009

Percutian bulan madu aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin digambarkan lebih menarik dan istimewa apabila mereka akan diarak dengan kereta kuda semasa tiba di Puncak Gunung Jerai, Kedah. Dalam pada itu, Cat dan Shahar yang meraikan perkahwinan mereka yang ke-3 dengan tema 'taman inggeris’ di Bora Ombak, Ampang (11/7) memaklumkan mereka akan berbulan madu ke destinasi kedua itu selepas bercuti di Pulau Pangkor nanti. (Bulan madu dua kali tue~. Dasyat2)

Antara tetamu yang hadir adalah bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan isteri, Datin Seri Normala Samsudin; Noniswara, Norish Karman, Arni Nazira, Mawi dan isteri, Ekin; Aein, Ako Mustapha, Julie Dahlan, Wardina Safiyah, Serina Redzuwan, Riezman Khuzaimi, Adam Hamid dan Linda Onn. -mStar

Norish Karman Dating dengan Lokman?

Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah hangat pelakon Norish Karman dan bekas suami masih belum selesai di mahkamah. Masih ada tuntutan yang belum diselesaikan termasuk tuntutan hak penjagaan anak serta tuntutan harta.

Namun nampaknya Norish masih bisa berhibur. Baru-baru ini kelihatan kelibat Norish dan lelaki yang pernah disebut sebagai buah hatinya, Lokman menonton Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Malah bekas suaminya pernah menyebut nama lelaki itu sebagai teman lelaki Norish semasa bercerita kepada media pasal kemelut rumah tangga mereka baru-baru ini.

Norish macam tidak kisah kemesraannya diperhatikan oleh pihak media apabila dia duduk di bangku belakang tempat media dikumpulkan sepanjang konsert berlangsung. Selain Lokman, ada beberapa lagi rakan yang bersama-sama Norish menonton konsert tersebut. -ManggaOnline

Norish Karman Menghayal di WHI

Jumaat, 15 Mei 2009

Biar betul Norish Karman ni. Host baru WHI. Baru sahaja jadi pengacara terus menghayal. Tak tahu lah penulis kalau dia menghayal dibuat-buat atau pun betul-betul. kalau betul-betul, memang sah NK malu besar dalam dirinya. Katanya menghayal sebab tengok 'Donut' di hadapannya tue. atau pun teringat ketika makan bersama dengan bekas suami dahulu. hikhik.

Gambar Norish Karman Bertudung

Selasa, 28 April 2009

Gambar Norish diambil ketika perbicaraan tuntutan nafkah olehnya terhadap bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kelmarin. Dikatakan Abang penyanyi dan pelakon Farahdhiya, Luqman dikatakan adalah kekasih Norish dan menjadi punca keretakan rumahtangganya. Namun Norish menyangkal bahawa keretakan rumah tangganya sudah berlaku sejak dahulu lagi.
“Oleh sebab itu, saya yang berani lepaskan perkahwinan ini,” ujar NK.
NK berkata Luqman merupakan antara kawan rapat yang dia ada dalam industri ini.
“Friends are very important. Tetapi, saya tak reti cari kawan, mana yang ada...adalah..



Norish Karman Bergaduh dengan Kenchana Dewi

Isnin, 23 Mac 2009

Lagi kisah kontroversi mengenai pelakon drama bersiri popular di TV3, Spa Q musim kedua (Spa Q 2)! ada informer memberitahu kononnya bintang utama Spa Q 2, Norish Karman atau NK memarahi dan memalukan pelakon pembantu drama berkenaan, Kenchana Dewi gara-gara kegagalannya berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris! Kenchana Dewi sekali lagi tercalon dalam senarai Top 5, kategori Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Tak berapa lama dulu ketika Spa Q 2 masih dalam pembikinan, Kenchana Dewi pernah kena sound dengan NK gara-gara tatabahasa Bahasa Inggerisnya tak berapa betul ketika dia bertutur dalam bahasa kedua itu. Maklumlah Kenchana orang India, mestilah bahasa Inggerisnya ada pelat India.

Nama Kenchana Dewi masih belum tercemar dengan cerita seumpama ini,
“Seingat saya, masa kami shooting Spa Q 2, NK memang tak pernah tegur Bahasa Inggeris saya, jauh sekali nak bergaduh. Tapi, saya akui, Bahasa Inggeris NK memang hebat, namun nak kata dia tegur saya kerana Bahasa Inggeris saya salah, tak ada. Lagipun, saya tak banyak bercakap dengannya. NK kalau di lokasi, dia ‘reserved’, buat hal sendiri,” katanya lagi.


Jadi, mana satu yang betul ni, hanya empunya diri tahu apasebenarnya yang berlaku antara mereka. Atau mungkin juga Kenchana masih berahsia sebab tidak mahu memanjangkan cerita. Apapun, baik NK mahupun Kenchana, mereka berdua memang hebat berlakon. Harap-harap jangan buat hal yang boleh mencalar imej kedua-duanya.