Memey ada kekasih hati lain?

Pada: Selasa, 17 Ogos 2010
Seorang teman R terkejut melihat Memey bersama jejaka kacak yang dipercayai bekerja di syarikat minyak dan gas. Melihat kemesraan mereka sambil berpegangan tangan menimbulkan tanya tanda, adakah Memey sudah meninggalkan Norman? Jadi, betullah khabar angin yang bertiup kencang, hubungan Memey dan Norman sudah bernokhtah! Kalau betul cerita yang R dengar ini, R kasihan pada Norman dan Memey. Dulu, muka mereka tebal dua inci apabila ditangkap khalwat, selepas itu tercetus pula drama Norman dan bekas isteri, Abby bergaduh di lokasi penggambaran. Malu lagi.

Memey pula tak sudah-sudah dipersalahkan atas perceraian Norman dan Abby, hingga kini, masih ada yang membencinya. Tapi kesudahan perhubungan mereka, hancus juga! Tentulah orang yang membenci mereka tepuk tangan dan tergelak besar jika mereka berpisah. Malah, mungkin ada yang cakap itulah balasan bagi manusia yang menghancurkan kehidupan orang lain.
Apapun, sukar meneka pergolakan mereka, hanya empunya diri lebih mengetahuinya."Aku lihat dengan mata kepala sendiri, Memey keluar dengan lelaki itu. Lelaki tu teman baik kawan aku. Manja saja gayanya, berjalan pun berpimpin tangan. Bukan sekali dua melihat mereka, kerap jugalah. Aku tidaklah bertanya apa, tapi melihat gaya mereka aku dapat agak mereka sedang dilamun cinta," kata sumber itu kepada R. -Bharian

Tag : , , ,