Elly Mazlein sudah bernikah ke?

Pada: Isnin, 26 Julai 2010
Jarang sekali pelakon manis, Elly Mazlein ni nak buka cerita bab-bab kahwin, bab-bab ada teman lelaki lagi lah. Tak apa, cara Elly itu tak salah pun. Artis ada hak untuk berkata ya atau tidak. Tapi di sini ada sesuatu yang nak ditanya kat Elly ni. Kisah perkahwinan Elly yang cuba disorokkan sebenarnya sudah bocor. Menurut ceritanya, Elly berkahwin dengan orang politik di Utara tanah air. Sebelum banyak benda lagi dibongkar, rasanya Elly perlu bersedia menceritakan perkara sebenar kepada peminat jika betul tekaan ini.

Ya lah bukannya kita nak burukan keadaan dan bukan berniat nak jatuhkan Elly ataupun bencikan Elly tetapi berita perkahwinan Elly itu sudah diketahui segenlintir orang rasanya. Elly tak boleh nak main sorok-sorok lagi. Jadi dinasihatkan agar luahkan perkara yang sebenar. Jangan pula peminat main teka teki pula. Hehe..

Tag : , , ,