Radhi OAG sah talak 1 dengan Shazlin (berpeluk selepas cerai)

Pada: Rabu, 9 Jun 2010
Mahkamah Rendah Syariah PJ, membenarkan sekaligus mengesahkan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali, 33, bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif, 32, dengan talak satu. Hakim Syarie, Tuan Fazil Che Hasan membuat keputusan tersebut selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak plaintif dan defendan menerusi peguam bela masing-masing. Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang manakala Shazlin diwakili Rubiah Jaffar.

Musa mengesahkan anak guamnya (Radhi) bersedia untuk menceraikan plaintif (Shazlin) secara persetujuan bersama dengan terma-terma yang dipersetujui dalam perjanjian persetujuan di antara kedua-dua pihak pada 16 Oktober 2009 untuk bercerai secara baik. Radhi hadir mengenakan baju Melayu rona hitam dan berselendang putih manakala Shazlin memakai baju kurung merah jambu dan bertudung putih.

Radhi dalam lafaz sumpahnya di mahkamah berkata:
"Saya Radhi menceraikan isteri saya, Shazlin Sharif dengan talak satu." -mStar

Tag : , , ,