Perkahwinan Anne Hot.FM

Pada: Isnin, 14 Jun 2010
Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara. -Gua

Tag : , , ,