Rita Rudaini, Aidil didenda RM500 nikah tanpa kebenaran

Pada: Isnin, 10 Mei 2010
Jika sebelum ini pasangan ADUN Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar dan Zizie Izette naik mahkamah gara-gara berpoligami tanpa kebenaran, kini giliran Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pula yang mengambil alih tempat. Dah macam acara 4x4 balapan di mahkamah pulak dah artis kita ni ya. Pasangan ini masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 hari kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah pada pukul 9.30 malam, 25 Februari pada tahun lalu.

Tak mengapalah Rita. RM500 tu bukanlah satu jumlah yang besar jika mahu dibandingkan dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh pemain bola sepak kebangsaan itu kepada dirinya. Anak pun makin membesar dan rasanya lebih baik Rita dan Aidil menyelesaikan denda tersebut cepat-cepat. Baik tumpu perhatian kepada permata hati yang comel itu. -Utusan

Tag : , , ,