Nora tak bergaduh dengan Fasha, tapi macam rimas denganya

Pada: Ahad, 9 Mei 2010
Beberapa bulan yang lalu, industri hiburan tanah air kecoh dengan episod drama pergaduhan antara pelakon kecil molek, Nora Danish dengan pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2005, Fasha Sandha dalam laman sosial, Twitter. Tidak tahu apa sebab diantara episod berkenaan, maka baru-baru ini Nora Danish telah menyatakan segala luahan mengenai krisis yang telah digembar gemburkan itu sebagai satu penjelasan yang benar daripada pihak Nora sendiri.

“Saya tak nak komen langsung tentang isu Twitter. Kebanyakan forum memasukkan komen yang menyebelahi sebelah pihak sahaja. Jadi saya tak nak komen.”
Sebelum ini, Nora pernah mencetuskan kontroversi apabila menarik diri dari drama ‘Spa Qistina’. Penarikan itu timbul gara-gara Nora tidak berpuas hati dengan pihak produksi yang dikatakan telah melanggar kontrak perjanjian, di mana Nora tidak mahu ada babak atau sebumbung di lokasi bersama Fasha.
“Saya tak pernah gaduh dengan dia. Saya tak ada apa-apa masalah pun dengan dia. Kalau tanya pasal dia, saya memang tak nak jawab. Saya tak nak ambil ‘port’ pasal dia. Kalau tanya pasal baby atau karier okay,” ujar Nora yang tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fasha. -Gua

Tag : , , ,