Pada:
Sabtu, 10 April 2010
Pada 21 Januari 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur. Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk "Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus", "Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam" dan "Ramai Simpati Nasib Sheila" yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Oktober, 2005.Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya. Akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai. -Bernama
Tag : Berita Artis , Masakan , Saman , Sheila Rusly

