Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Raja Ilya dibenci dan dibaling dengan kerusi sebab.. (5 gambar)
Selasa, 11 Ogos 2015
Biarpun dibenci dan diugut akan dibaling dengan kerusi namun pelakon Raja Ilya tetap gembira dan bersyukur dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya. Menurut pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini, dia menerima positif perkara tersebut dan menganggap lakonannya sebagai Che Alin dalam drama ‘Syurga Nur’ yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 itu sebagai satu kejayaan kerana dapat meninggalkan kesan di hati penonton serta diterima ramai.
Sheila Rusly komen kenyataan Abby Abadi
Isnin, 30 Julai 2012
Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Tambah Sheila, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.

Tambah Sheila, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.

"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Gambar terbaru Sheila Rusly
Khamis, 13 Mei 2010
Siapa lah tak kenal dengan Puan Sheila Rusly nie, pelakon, pengarah dan juga pengacara yang berbakat serta berpengalaman besar dalam dunia seni. Kalau mahu diikutkan penampilannya juga sudah berubah dan perubahan itu memang yang diinginkan oleh peminatnya. Aktiviti terbaru Sheila Rusly adalah menjadi penerbit untuk drama Roh Kembali… yang bakal disiarkan pada 20 Mei ini di TV3. Drama bersiri 13 episod ini yang akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9.30 malam itu turut dibarisi oleh pelakon handalan lain seperti Fizz Fairuz, Rozie Rashid, Zamarul Hisham, Lisdawati dan Razak Ahmad. -mStar




Gambar Hajah Sheila Rusly dekatkan 'sesuatu'
Sabtu, 17 April 2010
Gambar ni kalau tak silap dah lama dalam simpanan penulis, cuma penulis terlupa nak siarkan, kerana ketelanjuran lupa berkenaan. Hehe. Gambar dibawah ni merupakan gambar Hajah Sheila Rusly dan seorang pelakon lelaki. Mungkin gambar ini tidak disengajakan dan tidak berniatkan sesuatu, tapi ramai beranggapan kolot bahawa, sepertinya Sheila ada mendekatkan 'sesuatu' ke dada pelakon lelaki berkenaan. Tak tahu kenapa isu itu ang dijadikan bahan, kalau mahu diikutkan Sheila di sini cantik dan menawan, kulit pun debu dan mulus, sesuai baju yang dikenakan sekali. :)
Sheila Rusly bakal disaman RM5 Juta!!
Sabtu, 10 April 2010
Belum pun selesai kes samannya terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya, Datuk Azlina Che Abdullah, kelmarin (9/4) penerbit drama dan pelakon Sheila Rusly pula disaman oleh Azlina. Azlina menfailkan saman fitnah itu bagi menuntut gantirugi am RM5 juta terhadap penerbit akhbar Berita Harian, Berita Harian Sdn Bhd dan Sheila, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 21 Januari 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur. Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk "Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus", "Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam" dan "Ramai Simpati Nasib Sheila" yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Oktober, 2005.
Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya. Akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai. -Bernama
Pada 21 Januari 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur. Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk "Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus", "Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam" dan "Ramai Simpati Nasib Sheila" yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Oktober, 2005.Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya. Akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai. -Bernama
Rashid Sibir VS Jinggo (suami Sheila Rusly)
Khamis, 3 Disember 2009
Peminat : Aku bukan la peminat tegar drama2 melayu kat tv.. Tapi bile anak2 dara suker tengok, aku pun terikut2 sekali la tengok... yang aku nampak beza sgt kualiti drama2 ni bergantung kepada pengarahnya... kalau Jinggo punyer drama.. memang padat pengisiannya.. plot2 nyer pun tersusun compare pada rashid sibir punya drama macam x cukup garam la... banyak yg kurang.. even dier punya line up actor & actress sume superb dan ader name.. what do u all think.?


Pelakon Baru, Nadiya Nisaa
Jumaat, 4 September 2009
Aku jarang kali tengok drama melayu kat TV...tapi satu hari tu aku teruja sangat bila aku tengok sebuah drama cerekarama...terbitan Sheila Rusly, tajuk Hanya Aku...best betul drama tu...dan lakonan pelakon Nadiya Nisaa ni terlalu hebat! Kenapa pelakon macam ni seolah terpinggir dalam industri....dia cantik dan unik muka dia....sepatutnya dia lebih popular daripada Fauziah Gouse, Ainul Aisha, Intan Ladyana dan ramai lagi yang lakonan tak seberapa tapi, glamo saja lebih...kan? Kan? Kan? -Peminat








