Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Bila Nasha Aziz berbicara soal jodoh
Isnin, 16 Januari 2017
Pelakon cantik, Nasha Aziz mengakui dia kini lebih selesa bergerak solo walaupun kadang kala keluar bersama lelaki hanya untuk mencari yang sesuai diantara mereka.
“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel”
“Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita”
“Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,” katanya kepada BH Plus.
Nasha Aziz dah bertudung? (2 gambar)
Isnin, 25 Mei 2015
Dengar khabar yang Nasha Aziz kini dah bertudung. Tak tahu kebenaran ceritanya tapi ada orang ternampak dia bertelekung dan berhijab ketika menghadiri majlis ilmu pengajian berkitab Habib Ali.
Ada juga cerita yang Nasha sanggup ubah suai keretanya di bahagian belakang untuk memudahkan dia bersolat ketika waktu shooting filem/drama.
Hidung Nasha Aziz?
Rabu, 14 Mei 2014
Admin tak dapat pastikan ini drama atau filem apa yang dibintangi oleh Nasha Aziz di Astro Prima di dalam gambar yang ditayangkan baru-baru ini. Namun melihat daripada lakonan Nasha ini, sedikit sebanyak seperti membuatkan kita tertanya-tanya.
Apakah Nasha pergi membuat hidung? dimana kelihatan sekali hidungnya agak pelik tidak seperti manusia normal. Atau adakah kesan daripada pemakaian spek yang dipakainya.
Hoho. Banyak spikulasi ni boleh di agak. -gambar Forum Cari
Apakah Nasha pergi membuat hidung? dimana kelihatan sekali hidungnya agak pelik tidak seperti manusia normal. Atau adakah kesan daripada pemakaian spek yang dipakainya.
Hoho. Banyak spikulasi ni boleh di agak. -gambar Forum Cari
Gambar Nasha Aziz bertudung
Jumaat, 2 Mei 2014
Nasha Aziz bertudung ditemui ketika dia dalam proses latihan untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Baru-baru ini dia ditemui dengan pelakon teater berkenaan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang sempat melapangkan dada pergi melihat latihan berkenaan. -gambar RotiKaya.
Nasha Aziz bertudung dan berjubah
Rabu, 9 April 2014
Dengarnya Nasha Aziz kini dah bertudung, betul ke? ianya betul dan dia memakai tudung dan jubah hanya semata-mata untuk sidang media tearter Di Bawah Lindungan Kaabah sekaligus memperagakan busana muslimah terbaru perekanya.
Nasha akan memegang watak sebagai Zainab, teater ini akan diadakan pada 9-18 Mei depan di Istana Budaya dengan dibarisi oleh pelakon hebat, Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah, Yasmin Hani dan Dayana Roza. -sumber Murai
Nasha akan memegang watak sebagai Zainab, teater ini akan diadakan pada 9-18 Mei depan di Istana Budaya dengan dibarisi oleh pelakon hebat, Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah, Yasmin Hani dan Dayana Roza. -sumber Murai
Nasha Aziz Akui Solo, Nur Iman Kawan Rapat!
Ahad, 10 Mac 2013
Nasha Aziz akui yang dirinya kini solo dan menafikan yang gambar mesra dengan Nur Iman Tang pada sambutan ambang tahun baharu yang lalu adalah sekadar kawan mesra atau kawan rapat sahaja.
Bahkan yamg amat mengejutkan, aksi mesra itu adalah biasa bagi Nasha untuk sesiapa yang mengambil berat dan menyayangi. Pelik dan banyak rahsia nampaknya Nasha ni.
Bahkan yamg amat mengejutkan, aksi mesra itu adalah biasa bagi Nasha untuk sesiapa yang mengambil berat dan menyayangi. Pelik dan banyak rahsia nampaknya Nasha ni.
“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama. Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya.
“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya.
“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, -Nasha Aziz sumber Blog Budiey
Nasha Aziz di Tahun Baru Cina
Isnin, 18 Februari 2013
Nasha Aziz buat masa ni dalam perancangan dalam mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya, Nur Iman Tang. Tapi tak tahu bila dan terus menjadi tanda tanya memandangkan usia Nasha juga tahun ini adalah 42 tahun.
Usia dah semakin meningkat, namun penampilan Nasha juga tidak banyak berubah, masih lagi cantik dan manis sama seperti usianya 30-an yang lalu. Gambar terbaru bersempena Tahun Baru Cina yang lalu, mungkin merayakan sekali kot dengan bekas agama kekasihnya itu.
Usia dah semakin meningkat, namun penampilan Nasha juga tidak banyak berubah, masih lagi cantik dan manis sama seperti usianya 30-an yang lalu. Gambar terbaru bersempena Tahun Baru Cina yang lalu, mungkin merayakan sekali kot dengan bekas agama kekasihnya itu.
Gambar Nasha Aziz , Nur Iman di Ambang 2013
Khamis, 3 Januari 2013
Mesra sangat Nasha Aziz dengan kekasih hatinya Nur Iman Tang ketika ambang 2013 yang lalu. Gambar ini sempat diambil ketika mereka berdua siap berpelukan bagai suami isteri. Namun tidak dipastikan mereka sudah bernikah atau belum, sebab berita perkahwinan mereka yang akan dijadualkan setelah selesai pergi ke Kota Makkah tahun 2010 itu masih lagi tiada jawapan. Apa-apa pun kita enjoy dulu kepada sesiapa yang merindui Nasha Aziz. -gambar RotiKaya.
(aik tangan tu menjalar pula.. hehe)
(aik tangan tu menjalar pula.. hehe)
Nasha Aziz, 41 tahun masih tetap cantik
Isnin, 16 Julai 2012
Sudah menjangkau usia 41 tahun, Nasha Aziz masih lagi kelihatan cantik dan menawan tambahan lagi, masih juga seksi. Namun dalam usia yang sebegini, pasti ramai yang sudah mengetahui yang Nasha masih lagi belum berkahwin malahan dia sendiri akui dirinya masih solo@single. Masih ada peluang dan ruang untuk jejaka diluar sana lebih-lebih jejaka yang bekerjaya untuk memikat hati Nasha Aziz.




“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal. Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”
“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz.




Gambar Nasha Aziz di Majalah ENF, masih berbisa
Ahad, 10 Jun 2012
Walaupun jarang kita melihat kelibat Nasha Aziz di kaca tv mahupun panggung, namun Nasha masih lagi aktif dalam dunia seni ni sebenarnya. Dan dirinya masih lagi berbisa dan mampu untuk menjadi penghias utama muka hadapan majalah. Yang terbaru adalah menjadi penghias majalah ENF. Mari kita lihat gambar terbaru beliau di majalah ini, kalau berkesempatan, pergilah membelinya. :)






Gambar Nasha Aziz tingkatan 3
Selasa, 8 November 2011
Gambar masa muda ni memang selalu kita ingin lihat, apatah lagi golongan selebriti, nak juga tengok mereka dikala mereka masih muda lebih-lebih lagi di bangku sekolah. Tip top sekarang dah jadi artis terkenal. Kalau lihat waktu kecil, memanglah tak cantik. Begitulah yang anda bakal saksikan, gambar Nasha Aziz tahun 1986, 25 tahun yang lalu. Waktu ni Nasha sudah tingkatan 3 dah. Mungkin ada pembaca disini masih belum lagi lahir atau pun masih kecil lagi kan.
Nasha Aziz jadi cover Majalah Glam
Isnin, 29 Ogos 2011
Dah lama kita mendengar khabar mengenai artis seorang kita yang cantik ni. Mana kisah hidup perkahwinannya dengan buahatinya pun dah tak kedengaran lagi. Takpe la, kisah hidup Nasha mungkin Nasha boleh jalani, kita berdoa sahaja agar Nasha lebih berbahagia. :) Jom lihat cover majalah Glam ni, serba kuning betul Nasha menjadi cover nya. Dah profesi Nasha menjadi seorang model kan. Sampi tak cam muka dia tue, berbeza juga jadinya kan. Fotoshop betul ni..
Nasha Aziz disamun warga Indon
Ahad, 13 Februari 2011
Wow bukan sedikit barang yang disamun kepunyaan aktress terkenal, Nasha Aziz, RM40,000 tu. Memang bukan sedikit, jumlah seperti itu kemungkinan barangan yang terlalu mahal untuk dibawa. Namun Syukurlah Nasha tidak dicederakan dan tidak diapa-apakan dari segi tubuh badan, cuma kereta sahaja yang diapa-apa kan. Mana kan tidak penyamun tu orang Indon jadi sukar nak kenal artis Malaysia atau tidak. Kalau orang tempatan, Wallualam, harap-harap tidak terjadi. :)


KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.
Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.
"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.
"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Nasha Aziz dahulu dan sekarang
Khamis, 3 Februari 2011
Kata orang, orang makin tua makin nampak kerepot. Tapi kadang-kadang ada nampak semakin ayu dan cantik. Seperti Nasha Aziz ni, makin naik usia makin cantik pula. Memang susah nak percaya. Lihat sahaja gambar dibawah ni. Sebelah atas (lama) nampak natural muka manakala sebelah bawah (baru) nampak seperti artis-artis dari Korea gitu. Korang pilihlah mana satu yang berkenaan dihati, dulu atau sekarang. :)


Gambar Nasha Aziz di MIFA 2010
Selasa, 9 November 2010
Gambar di bawah ini adalah ketika Nasha Aziz memperagakan rekaan daripada pereka fesyen Baharim di MIFA 2010 baru-baru ini. Memang sungguh seksi rekaannya itu. Tidak sesuai dengan konsep ketimuran dan adat-adat yang telah dikekalkan dalam tradisi fesyen Melayu. Mungkin fesyen ini lebih kepada fesyen trend modern yang berkonsepkan kebaratan yang gemarkan style ala seksi. Aish, tak tahu lah nak kata apa, lihatlah Nasha Aziz memperagakannya, sungguh mencuri perhatian. -photo runwitme










Nasha Aziz tangguh perkahwinan diusia 39 tahun
Rabu, 20 Oktober 2010
Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, 39, untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun 2010 terpaksa ditangguhkan. Mereka berdua yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi. Nasha yang baru-baru ini ditemui agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media. Kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih sejiwa setulus hati.


"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan. Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.
"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh. Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa." kata Nasha. -mStar
Gambar Nasha Aziz seksi?
Khamis, 22 Julai 2010
Wah bukan main lagi seksi Nasha ni. Gambar yang diambil ketika majlis apa pun penulis tak tahu, sebab baru kali ini gambar ini menjadi perbualan hangat. Tak sangka pula Nasha ni minat kat seksi, selalunya dia berpakaian kasual yang sukar untuk menampakkan seksi. Pakaian yang dipakai Nasha sepertinya boleh mendatangkan pelbagai cerita. Begitu 'lut sinar' dan boleh menembusi bahagian dalam. Nasha kenapa ini boleh terjadi. Hehe
Nasha Aziz terima lamaran kahwin daripada Nur Iman
Khamis, 1 April 2010
Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang. Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini. Nasha yang kelihatan berseri-seri ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin beberapa hari yang lalu.


"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga. Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah." kata Nasha..
Gambar terbaru Nasha Aziz
Selasa, 23 Februari 2010
Nasha Aziz atau nama kad pengenalannya Noraishah Abdul Aziz memang sudah lama menyepi dari dunia seni, mungkin menguruskan kerjaya lain, namun apabila bertemu dengan dirinya baru-baru ini di sidang Media Majlis ANTARA. ANTARA ni merupakan Teater Muzikal karya Erma Fatima dan arahan Ellie Suriaty ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26, 27 dan 28 Februari ini. Nasha Aziz juga semakin gebu wajahnya, tapi tangannya dah keluarkan otot, ini petanda Nasha seorang yang kuat bekerja. Bravo!




























