Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Erra Fazira bakal dipinang Shahir selepas Raya?

Khamis, 16 Jun 2016

Dengar cerita yang menjadi topik panas di media sosial dimana Erra Fazira akan berkahwin selepas Hari Raya ini dengan Ahmad Shahir AF. Shahir juga dikatakan akan menghantar rombongan meminang selepas Hari Raya ini.

"Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar.

"Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir," kata Erra memetik Bharian Online

Video romantik Nazim Othman lamar Bella Dally

Isnin, 25 Januari 2016


Video Nazim Othman lamar Bella Dally
Nazim Othman mengesahkan telah mengikat tali pertunangan bersama aktres Bella Dally baru-baru ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nazim melalui akaun Instagramnya dengan memuat naik satu video sweet bersama Bella.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Nazim begitu gementar untuk bertentang mata dengan wanita itu sebelum melamarnya lapor Astro Awani.

Komen Hanis mengenai komen Ustaz lamaran pesong akidah

Selasa, 13 Januari 2015

Isu lamaran yang dibuat oleh Hanis Zalikha dengan kekasihnya, Hairul Azreen beberapa hari lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen daripada masyarakat seluruh negara.

Seorang penceramah terkenal, Ustaz Zul Hamat telah memberitahu semua pihak yang cara lamaran mereka berdua itu bertentangan dengan konsep akidah agama Islam.

Namun Hanis membalas dengan kenyataan ringkas atas kenyataan Ustaz itu di dalam laman sosial twitter miliknya sepertinya tidak berpuas hati dengan cara Ustaz itu menegur.

Cara lamaran Hairul, Hanis boleh pesong akidah!

Jumaat, 9 Januari 2015

Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul Azreen melamar kekasihnya Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul Hamat berkata, cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.
"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,"
Amalan "will you marry me" (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang.
"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

"Kalau dalam agama Islam, seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka,"

"Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik. Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat," -Zulkefli

Khas buat Hairul Azreen, Hanis Zalikha dari Azwan Ali (5 gambar)

Rabu, 7 Januari 2015

Fazura dilamar serius oleh peminatnya (video)

Selasa, 9 Disember 2014

Baru-baru ni ada kejutan yang dibuat oleh seorang jejaka terhadap Fazura. Kejutan bebentuk lamaran. Ianya berlaku di sebuah majlis karaoke bersempena promosi filem Manisnya Cinta di Cappadocia secara spontan.

Jejaka ini sebenarnya seorang peminat Fazura, namun berani melamar Fazura dengan sebuah cincin yang diberikan olehnya. Siap ada ibu Fazura lagi yang hadir menyaksikan aksi itu.

Jawapan Fazura?..

Chef Riz bakal jadi suami kepada kakak Emma Maembong

Selasa, 4 November 2014

Setelah 2 tahun menduda, Chef Riz akan menikahi kakak kepada pelakon sensasi, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menurut portal mStar, mereka akan bernikah pada bulan Disember depan dan akan meminang Shikin pada hari ini.
"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," -Chef Riz

Gambar Julia Ziegler terkini. aisehmen...

Sabtu, 22 Februari 2014


Dengarnya Julia Ziegler kini sedang menunggu pinangan seorang jejaka bertuah yang juga teman rapatnya.

Kata Julia Ziegler, kekasih hatinya seorang yang sangat memahami kariernya sebagai seorang model dan pelakon.

Namun Julia Ziegler enggan mendedahkan lebih lanjut bagaimana mereka mula bercinta dan siapa lelaki berkenaan.
“Kami bergelar kekasih kurang daripada setahun, tapi kenal dah lama, sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.”

“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Cuma doakanlah yang terbaik untuk saya.” -Julia Ziegler. gambar Ohbulan

Iqram Lamar Soo Wincci Tapi..

Jumaat, 20 Disember 2013

Wah kejutan ni nampaknya, penyanyi dan model, Soo Wincci memang mengakui yang rapat dengan Iqram Dinzly. Iqram juga melamar Soo dengan cara yang tidak diduga Soo sendiri.

Jelas Soo, walaupun lamaran yang dibuat Iqram itu agak serius namun Soo akui belum menerima sesiapa jika belum sampai ke Hollywood lagi.
"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta.

"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa,

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian.

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham," -Soo. Utusan

Fizo Lamar Mawar di Pawagam

Rabu, 30 Oktober 2013

Memang semua orang sudah tahu yang Fizo Omar bakal  menjadi suami kepada Mawar (duta Fareeda) pada 10 November nanti yakni kurang 2 minggu dari sekarang.

Dan yang pasti persiapan ke arah itu sudah pun giat diusahakan. Namun ada yang korang tidak tahu mengenai episod sebenar bagaimana mereka diketemukan.

Fouziah Gous Bertunang 1 Jun 2013

Selasa, 28 Mei 2013

Wah tak disangka, Fouziah Gous akan bertunang pada Sabtu ini bersamaan 1 Jun 2013. Fouziah akan bertunang dengan kekasihnya yang baru beberapa bulan bercinta, Md Zhafran Md Yusof.

Dan yang paling romantis sekali apabila Fouziah dilamar olok-olok ketika diajak oleh Zhafran menaiki pesawat ringan di Lapangan Terbang Subang dan kelihatan beberapa orang membuat kejutan dengan memampangkan tulisan lamaran terhadap Fouziah ketika sedang di dalam pesawat. -gambar Instagram Fouziah Gous





Shila Padam Status Terima Lamaran Sharnaaz

Rabu, 19 Disember 2012

Semalam portal Gua ada menyiarkan satu keping snap daripada Twitter milik Shila Amzah yang mengatakan yang Shila menerima lamaran kekasih hatinya Sharnaaz.

Namun difahamkan status berkenaan sudah dipadam oleh Shila beberapa jam selepas di tayangkan atas sebab-sebab pribadi yang tak dapat dielakkan.

Kini Shila dikhabarkan  dalam protal mStar kini tengah bersiap untuk pergi ke Amerika bersempena pencalonannya di World Music Award (WMA 2012) pada 22 Disember ini sekaligus membuat persembahan ketika acara gemilang itu.

Awal lamar Scha secara langsung @live

Isnin, 26 Mac 2012

Memang unik dan begitu mengejutkan ramai pihak. Memang ini satu kejadian yang tidak disangka-sangka oleh Scha al Yahya yang mengacarakan program tv, Propaganza. Awal dengan tidak diduga telah melamar Scha dengan sebentuk cincin ketika program tv berkenaan ditayangkan secara langsung. Romantik tetap romantik, tapi cara lamaran ini bukan cara lamaran sebenar dalam Islam. :)

jenaka atau serius lamaran Iqram kepada Fouziah?

Jumaat, 16 April 2010

Keintiman kisah cinta mereka berdua bukan asing lagi. Dari dulu mereka dah tidak menafikan apa-apa mengenai kisah cinta mereka, cuma gosip liar sahaja tidak banyak muncul melibatkan mereka berdua. Sering bersandiwara dan berjenaka itu kadang-kadang elok dan boleh mengeratkan ikatan sayang diantara kekasih. Mungkin itu yang mahu dilakukan Iqram apabila membalas Twitter milik Fouziah Gous, dengan memberi lamaran kahwin pula. Memang mahu menunjukkan kepada umum yang mereka masih lagi bercinta. Apa-apa pun yang wajib itu tidak harus dilengah-lengahkan. :)

Nasha Aziz terima lamaran kahwin daripada Nur Iman

Khamis, 1 April 2010

Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang. Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini. Nasha yang kelihatan berseri-seri ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin beberapa hari yang lalu.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga. Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah." kata Nasha..